Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Biarpun dekat atau jauh memang susah untuk tewaskan PREDATOR!

Jom saksikan ulasan demo PREDATOR HUNTING GROUNDS kami!

Nyny.A by Nyny.A
September 13, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
[TGS 2019] Biarpun dekat atau jauh memang susah untuk tewaskan PREDATOR!
Share on FacebookShare on Twitter

Kali pertama diperkenalkan di PlayStation State of play, kemudian beberapa informasi turut dikongsikan di Gamescom 2019 bulan lalu, kini sekali lagi Predator: Hunting Grounds menonjolkan diri di Tokyo Game Show 2019! Bertuahnya kami di acara ini, kami dapat bersama Ketua IIIFonic Charles Brungardt dan Creative Director Jared Gerritzen untuk perkongsian permainan terbaru Predator yang akan ke platform PlayStation 4 tahun hadapan.

Disini kami dapat bertanya beberapa soalan serta mencuba sendiri demo Predator: Hunting Grounds untuk dikongsikan kepada peminat. Paling penting, kami dapat memegang watak Predator dan ‘Fire Team‘ untuk beberapa pertempuran berbilang asimetri yang terbukti tersangatlah sengit dan tegang, penuh aksi dan bersama-sama merasakan keseronokan itu. Tidak pastilah jika permainan dalam talian nanti bagaimana pula reaksinya nanti.

Gameplay

Sebelum kita ke pengenalan yang dipersembahkan oleh Charles Brungardt dan Jared Gerritzen, kami akan menceritakan serba sedikit demo yang kami cuba bersama rakan media yang lain di TGS 2019. Pertama dalam demo yang kami main, perbezaan terbesar antara permainan asimetris ini dan yang lain ialah pemaju sebenarnya menambah npcs neutral dalam peta, di mana ia akan menyerang Fire Team dan pemangsa.

Bermain sebagai Fire Team memerlukan lebih banyak interaksi bersama tentera yang lain. Jika terlalu dekat menjadi sasaran yang senang buat pemangsa, terlalu jauh pula akan menjadikan rakan tentera menjadi sasaran hidangan buat pemangsa. Kita boleh menumpukan pada membunuh pemangsa (yang akan menamatkan permainan) atau memberi tumpuan untuk menyelesaikan misi dan pada fasa terakhir kita boleh dapat menggunakan helikopter.

Buat masa sekarang, kesemua senjata memang seronok untuk digunakan tetapi bukan sniper lah, kerana nak dapatkan sasaran untuk tembak Predator memang susah! Tambahan pula waktu untuk reload sniper tu tiba-tiba kita yang mati diserang dahulu.

Menjadi Predator dari Fire Team lagi seronok! Predator dapat memanjat pokok, jadi halimunan dan intip musuh (Fire Team). Tidak seperti Fire Team, Predator tidak perlukan UI minimap! Selain itu, Predator dapat akses untuk menggunakan heat vission, dimana ianya dapat mengesan haba NPC (yang kadang kala anda akan tersilap juga ingatkan pemain lain). Dengan gegelang di tangan yang banyak kegunaan itu serta ‘deadly plasma caster’, senang sahaja Predator menghuru harakan pasukan Fire Team.

Yang menariknya disini, Fire Team kami bermain sebagai pandangan orang pertama (1st person view) manakala Predator pula pandangan orang ketiga (3rd person view). Terdapat banyak persamaan dengan versi filem asal, seperti apabila anda adalah Fire Team anda bertindak sebagai pemangsa, dan anda dapat menghapuskan si pemangsa yang suka mengeluarkan isir hati jantung badan tulang orang untuk dapatkan trofi. Jika Predator mati, dia juga dapat mengaktifkan bom penghapusan sendiri yang disambungkan di lenganya. Apa yang tiada dalam demo ini adalah gelak Predator yang agak seram itu!

Apa yang menjadi kebimbangan dalam permainan ini secara amnya, ianya akan menjadi lebih seronok mengikut kemahiran pemangsa. Ketika bermain demo ini, kami bermainya dengan 5 orang lain dalam satu bilik. Jadi memang seronok bila beramai-ramai menjerit dan gelak tawa bersama. Tetapi jika dengan permainan dalam talian, mungkin ianya akan menjadi biasa-biasa dan hanya begembira dalam talian.

Okay kita beralih dengan persembahan ciri-ciri permainan bersama Charles Brungardt dan Jared Gerritzen;

Ciri-cirinya:

  • 1v4 (Predator vs Fire Team)
    • Sekumpulan tentera elit ke dalam kawasan pemburuan predator;
    • Tentera (Fire Team) bermain sebagai ‘1st person’, Predator sebagai ‘3rd person’;
    • Tentera masuk kekawasan pemburuan, selesaikan misi sebelum masa berakhir, dan lari menggunakan helikopter;
    • Boleh menggunakan lumpuh untuk mengelak pengesanan infrared haba Predator untuk masa tertentu

  • Jaringan Predator adalah memburu dan menewaskan Fire Team
    • Boleh intip mangsa dari pokok atau kawasan tanah;
    • Mempunyai teknologi ikonik yang boleh digunakan seperti infrared pengesan haba, dan ‘cloaking’.
    • Mempunyai keupayaan pasif dipanggil ‘Second Wind’, yang akan membuat anda hidup dan bertahan dengan lebih baik.
    • Senjata Predator – Deadly Plasma Caster; Wrist blades; Self-destruct
    • Boleh mendapatkan trofi, dapatkan segala tengkorang dan tulang apabila Fire Team telah tumbang.

  • Selebihnya dalam perkongsian ;
    • Kelas hanya beban. Pemain akan dapat menyesuaikan seberapa banyak “kelas” yang mereka mahu pada masa akan datang.
    • Juga beberapa kelas Predator kelak;
    • Beberapa map untuk pelancaran, mungkin akan ditambah lagi;
    • Hanya mempunyai permainan multiplayer buat masa sekarang kerana lebih seronok bermain beramai-ramai;
    • Banyak lagi kemaskini untuk masa akan datang sebelum pelancaran;
    • Selain dengan mengeluarkan isi perut Fire Team untuk Predator dapatkan trofi, turut ada beberapa sesi mokap yang pihak developer dapat tahu untuk dapatkan trofi. Jadi lebih banyak cara kejam yang lain untuk mendapatkan trofi;
    • Selalunya Predator akan memusnahkan diri sendiri dan gelak sebelum menjadi kamikaze, pihak developer menyatakan mereka tidak memasukanya kerana ianya akan VOIP (suara tertentu)

Banyak sungguh perkongsian yang kami dapatkan bersama kedua orang kuat untuk Predator: Huntung Grounds ini, jadi kita tunggu lebih lagi maklumat sepanjang tahun ini sebelum pelepasanya pada tahun hadapan untuk platform PlayStation 4 dan akan diberitahu kelak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: IIIfionicpredatorpredator: hunting groundsTGS 2019tokyo game showTokyo Game Show 2019
Previous Post

[TGS 2019] Edisi 1st Class dan Edisi Deluxe FINAL FANTASY VII REMAKE telah pasti hadir di Malaysia!

Next Post

Vivo penaja utama PMCO 2019 FALL SPLIT membawa dunia gaming dengan pelancaran V17 Pro di Malaysia 1 Oktober ini!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Next Post
Vivo penaja utama PMCO 2019 FALL SPLIT membawa dunia gaming dengan pelancaran V17 Pro di Malaysia 1 Oktober ini!!

Vivo penaja utama PMCO 2019 FALL SPLIT membawa dunia gaming dengan pelancaran V17 Pro di Malaysia 1 Oktober ini!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd