Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temuramah eksklusif bersama pemuzik Malaysia bertaraf antarabangsa, Az Samad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Temuramah eksklusif bersama pemuzik Malaysia bertaraf antarabangsa, Az Samad!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilahirkan sebagai anak kepada Pejuang Sastera A. Samad Said, Az Samad menghabiskan masa berjam-jam bermain di sistem konsol klasik seperti Atari 2600, NES, Sega Genesis, Game Boy dan Super Nintendo. Sebagai peminat kepada siri Nintendo seperti Zelda dan Metroid serta RPG seperti Chrono Trigger dan Secret of Mana, selera muzik beliau dibentuk oleh skor muzik sinematik daripada permainan klasik ini dan ketika menyusun muzik gitar solo instrumental pertama, melodi inilah yang menjadi inspirasinya. Dalam temuramah ekslusif ini, mari kita belajar lebih lagi tentang dunia permainan muzik bersama beliau!

Az Samad menjadi pemuzik profesional selama 24 tahun dan mempunyai empat ijazah dalam muzik di mana beliau pernah belajar dan mengajar di Berklee College of Music, Boston, Massachusetts (AS). Penglibatan pertamanya dalam dunia muzik permainan video bermula sebagai gitaris di San Francisco Bay Area. Kemudian di Malaysia, Az menjadi pemain solo gitar klasik dengan Orkestra Filharmonik Malaysia untuk Distant Worlds: Music from Final Fantasy dan A New World: Intimate Music from Final Fantasy di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Az Samad telah terlibat sebagai salah satu komposer untuk permainan “action-rhythm-adventure“, No Straight Roads daripada Malaysia, dan merupakan pengarang lagu untuk pertarungan DK West yang menggabungkan hip hop dengan elemen muzik tradisional Malaysia termasuk Dikir Barat.

Sejak permainan dilancarkan, beliau mula bermain No Straight Roads di Twitch sambil membincangkan muzik dan proses pembuatan muzik. Pada masa ini, beliau sedang berusaha untuk memperluaskan rangkaian pendidikan gitar dan muzik dalam talian. Projek terbaru beliau ialah Kelab Gitar Az Samad, sebuah perkhidmatan langganan bulanan untuk pemain gitar yang akan mendapat kursus gitar baru setiap bulan semasa mendaftar.

Sebagai seseorang yang telah menghabiskan banyak masa dalam industri, Az Samad berpendapat ia telah berkembang dalam cara yang sangat bagus. Beliat telah bertemu dengan begitu banyak profesional industri melalui acara industri Az Samad setiap tahun dan itu, secara khususnya, telah membantu banyak orang.

Apa yang menarik di sini ialah perkembangan komuniti audio permainan. Beliau berharap lebih banyak orang akan terlibat dalam membuat muzik untuk permainan video, terutamanya dalam aspek pelaksanaan audio di Malaysia. Keperluannya semakin meningkat dan ramai akan setuju bahawa audio sangat penting untuk permainan kerana dapat membantu mengembangkan identiti permainan, selain daripada aspek-aspek lain.

Sumber – Az Samad

Aapbila berbincang tentang identiti Malaysia dalam permainan video, Az Samad ingin melihat lebih banyak elemen dan ciri Malaysia muncul dalam muzik permainan. Negara kita begitu kaya daripada segi budaya dan kita mempunyai banyak tradisi muzik dari begitu banyak negeri.

“Daripada Dikir Barat, Jazz Melayu, Joget, Inang, Ghazal dan lain-lain, ada banyak yang boleh dimainkan.”

Beliau percaya bahawa semakin banyak kita memasukkan unsur-unsur tersebut ke dalam muzik permainan video, maka lebih besar impaknya untuk Malaysia.

Beliau mengambil muzik hip hop Malaysia sebagai contoh, di mana identiti negara secara beransur-ansur menjadi lebih jelas. Daripada Too Phat yang menambahkan sampel muzik Malaysia hingga penerimaan rap yang serius dalam Bahasa Melayu – itu benar-benar menyerlahkan lagi pemandangan muzik tanah air. Beliau juga menambah bahawa penggunaan bunyi, perkataan, dan alat muzik yang berasal dari Malaysia sudah tentu harus diaplikasi dengan cara semula jadi dan bukan secara terpaksa.

Too Phat

Seterusnya, Az Samad menjelaskan pendapatnya tentang bagaimana permainan video mempengaruhi muzik. Contoh terbesar sekarang ialah K/DA, sebuah kumpulan “popstar” digital yang diperkenalkan oleh Riot Games untuk League of Legends. Dengan elemen K-pop yang sesuai dengan budaya zaman kini, ramai yang tidak sabar untuk melihat masa depan K/DA.

Itulah cara K-Pop mempengaruhi muzik permainan video dan, secara tidak langsung, membantu mempengaruhi muzik pop di peringkat antarabangsa. Selain itu, dia berpendapat bahawa pengaruh Guitar Hero daripada tahun 2005 hingga 2010 menjadikan lagu-lagu rock klasik kembali popular untuk penonton yang lebih muda.

Dalam masa akan datang, Az Samad berharap dapat mengerjakan lebih banyak projek muzik permainan video. Ia adalah pengalaman yang hebat ketika bekerja dengan Metronomik untuk No Straight Roads dan beliau tidak sabar untuk melihat apa yang mereka hasilkan dalam masa depan. Dari segi kerja pendidikan, beliau merancang untuk mengembangkan lagi pendidikan gitar dan mencipta lebih banyak kursus untuk pemuzik bagi memupuk kerjaya yang lestari.

“Saya merasakan bahawa idea ‘starving musician’ adalah sesuatu yang negatif dan ketinggalan zaman yang harus dibuang.”

Sampai itu sahaja untuk temuramah pendek kami bersama pemuzik hebat, Az Samad. Saya sendiri tidak sabar untuk mendengar hasil karya beliau pada masa akan datang, dan mengucapkan ribuan terima kasih untuk sumbangannya dalam dunia muzik permainan selaku wakil daripada tanah air kita, Malaysia. Sehingga itu anda boleh baca ulasan penuh kami tentang No Straight Roads di sini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Az SamadEksklusifMalaysiaMuzikno straight roadsTemuramah
Previous Post

Lebih pendedahan Cells at Work Season 2, termasuk PV baru!

Next Post

POCO M3 merupakan telefon pintar mampu milik! Harga serendah RM599 untuk 4GB+64GB!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
POCO M3 merupakan telefon pintar mampu milik! Harga serendah RM599 untuk 4GB+64GB!

POCO M3 merupakan telefon pintar mampu milik! Harga serendah RM599 untuk 4GB+64GB!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd