Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Temuramah Eksklusif bersama Producer – Mr. Shingo Izumi mengenai perkongsian MONSTER HUNTER RIDERS terbaru!

Nyny.A by Nyny.A
March 26, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, Temuramah
0 0
0
Temuramah Eksklusif bersama Producer – Mr. Shingo Izumi mengenai perkongsian MONSTER HUNTER RIDERS terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami sekali lagi berpeluang untuk menemuramah orang penting dari Capcom untuk pasukan Monster Hunter Riders! Baru-baru ini Monster Hunter Riders secara rasmi boleh dimuat turun di Jepun pada 19 Februari 2020 lalu. Tetapi sayangnya ia masih belum dilancarkan secara global. Walaubagaimanapun, kami tetap ingin mencuba permainan ini dari Capcom dan berjaya. Setelah menghabiskan waktu dengan permainan ini, kami cuba menghubungi Capcom dan ye kami berjaya untuk mendapatkan temuramah bersama Producer Monster Hunter Riders Mr. Shingo Izumi secara dalam talian!

Setelah menantikan jawapan mereka, hari ini kami menerima jawapan eksklusif dari Capcom untuk soalan-soalan kami! Jadi perkongsian eksklusif ini bermula dengan sesi pengenalan Shingo Izumi sebagai producer di Monster Hunter Rider. Seperti peminat asal Monster Hunter Stories tahu bahawa menjadi ‘rider’ adalah sepatutnya menjadi rahsia. Tetapi dalam Monster Hunter Riders, ‘riders’ secara umum berada di mana-mana. Ini adalah kerana ianya serupa dengan cerita Monster Hunter menurut Shingo, rider dan pasangan rider (Monsties) juga wujud dalam permainan. Tetapi watak dan cerita tidak mempunyai sambungan kepada Monster Hunter Stories. Sistem permainan, latar belakang dan latar belakang cerita adalah asli kepada Monster Hunter Rider.

Berikut adalah serba sedikit cerita latar belakang Riders di Monster Hunter Rider. Pada masa lalu terdapat kisah terkenal sepuluh riders (Ryuju Jie) yang menahan malapetaka besar, perbuatan utama ini diingati dan dihormati oleh semua orang.

Satu yang kami perasan ketika bermain Monster Hunter Riders adalah pertukaran armor dan senjata seperti di siri Monster Hunter yang boleh sahaja ditukar-tukar dan tidak pula dalam permainan mobile ini. Menurut Shingo, setiap rider mempunyai alasan dan penceritaan sendiri serta memakai pelbagai jenis senjata dan perisai. Seperti perisai Halcyon’s Lagiacrus, dalam perspektif penerangan cerita, ia sebenarnya menceritakan sebahagian cerita untuk riders tersebut.

“Dengan cara ini, senjata dan perisai dalam karya ini telah menjadi sebahagian daripada watak penunggang, jadi saya gembira jika anda menikmatinya dari sudut pandangan itu.”

Jika yang telah mencuba Monster Hunter Rider, sudah tentu mereka tahu bahawa buat masa ini Monster dalam permainan ini agak kekurangan. Maka menurut Shingo , mengikut status kemaskini permainan semasa, setiap bulan akan ditambah 3 ke 4 monster untuk masa ini.

Beralih pula pada suara watak yang jua tidak berapa banyak dan ada diantara watak yang agak tidak mempunyai ungkapan tonasi dalam suara. Jadi dalam jawapan yang diterima, Shingo menyatakan bahawa ianya akan bergantung pada perbezaan watak-watak, kerana beberapa watak yang berbeza jika ditambah suara akan meningkatkan lagi personaliti setiap daripadanya. Untuk masa akan datang akan ada banyak lagi rider yang unik, jadi penambahan suara juga akan dikemaskini kelak.

Buat masa ini, misi yang diterima agak menyukarkan terutama dengan misi kemajuan Rathalos. Menurut Shingo mereka akan terus mengekalkan konsep moto Pasukan yang mencabar dan Lawan yang Sukar. Pemain akan memulakan cabaran dengan usaha pemula, jika usaha gagal maka pemain akan merancang pasukan mengikut kelemahan lawan. Melalui pemain permainan secara beransur-ansur akan meningkatkan kekuatan pasukan setiap hari dan kemudian mencabar usaha keras atau usaha akhir perlawanan. Jadi dengan ini, pasukan Monster Hunter Riders mengharap agar pemain baru dan lama menikmati bersama permainan ini. Maka dari kini dan seterusnya “Monster Challenge Quest” masih akan menjadi ciri penting. “Kita akan menambah tahap kesukaran yang berbeza dalam usaha raksasa.”

Jika anda nak tahu, buat masa ini permainan ini tiada sebarang raid battle, sistem guild atau menambah rakan dalam talian, dan ini menjadi satu tanda tanya besar sama ada pasukan Monster Hunter Riders akan menambah sebrang mod PvP pada masa akan datang. Jadi jawab Shingo , mereka mencipta permainan ini dengan matlamat [memainkan kandungan permainan PVE pemain tunggal dan pada masa yang sama mengumpul lebih banyak rakan kongsi (monstie) dan riders, secara beransur-ansur bagi meningkatkan kekuatan].

“Kami berharap kami dapat menyiapkan objektif ini terlebih dahulu dengan usaha terbaik dan membawanya kepada pemain.”

Terdapat banyak maklum balas daripada pemain yang meminta untuk menambah rakan dan ciri berbilang seperti yang dinyatakan Shingo. Jadi mereka kini berusaha untuk melaksanakan ciri “add friend”. Walaupun ciri fungsi multiplayer masih dalam perbincangan secara lebih dalam terutama jenis riders apa yang akan dimuatkan ke dalam permainan dan dapat memenuhi jangkaan pemain.

Seperti yang dinyatakan di awal perenggan, permainan ini masih belum dilepaskan secara global. Tapi yang menariknya menurut pekongsian Shingo, kini mereka telah mendapat lebih dari 4juta muat turun hanya pada 19 Mac 2020 di Jepun! Tidak tahu lah pula jika ditambah dengan pemain global betul tak, kerana buat masa ini pasukan permainan ini masih tidak pasti bila akan hadir dalam versi global, tapi masih dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu ini.

Tapi jangan terlalu sedih disebabkan itu ye! Sebab ada berita baik untuk pemain kerana Monster-monster dari  Monster Hunter World dan Iceborne turut akan ditambah dalam masa akan datang! Memang menarik jika lebih banyak monster yang digemari ditambah betul tak!

Dan sebelum berakhirnya temuramah ini, Shingo berterima kasih banyak pada sokongan dari peminat Monster Hunter. Dengan pelbagai maklum balas diterima oleh peminat Monster Hunter di luar Jepun yang menyataka harapan dan keperluan untuk penyetepatan, mereka berharap agar lebih ramai pemain boleh bermain dan menikmati permainan ini! Jadi sebarang kemaskini atau informasi pasukan Monster Hunter Riders akan terus memaklumkannya kepada peminat!

Pada peminat Malaysia yang ingin mencuba permainan Monster Hunter Riders ini boleh lah memuat turunnya via Qoo-Apps dan tukar VPN anda ke Jepun. Harap informasi yang dikongsikan oleh Shingo Izumi ini dapat menjawab soalan yang sering tertanya-tanya untuk permainan ini ye! Hingga kita berjumpa lagi!

Qoo App
Monster Hunter Riders
Developer: CAPCOM
Release Date TBC
Android
Monster Hunter Riders ialah game mobile RPG berdasarkan francais popular "Monster Hunter". Game ini mengekalkan gaya francais & pemain boleh mengumpul beberapa raksasa terkenal. Ia mengisahkan jalan cerita baru dan berlangsung di "Ferujia Continent".
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomMonster Hunter RidersShingo IzumiTemuramah
Previous Post

Petua-petua untuk memenangi 1v1 Gulag lebih senang di Call of Duty: Warzone!

Next Post

5 ANIME di mana manusia berhadapan ancaman wabak VIRUS!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
5 ANIME di mana manusia berhadapan ancaman wabak VIRUS!

5 ANIME di mana manusia berhadapan ancaman wabak VIRUS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd