TEKKEN 8 bakal dilancarkan tidak lama lagi dan kita bakal melihat pertarungan antara Jin dan Kazuya sekali lagi. Dengan beberapa penambahan serta penambahbaikan pada sistemnya, sudah pasti peminat serta pemain fighting game menantikan kehadiran game ini. Kami juga berpeluang untuk mencubanya lebih awal dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman kami sepanjang bermain. Tanpa membuang masa, teruskan baca review kami untuk TEKKEN 8.
Kembali ke Konflik Keluarga
Antara titik jualan terkuat dalam mana-mana fighting game sudah tentunya gameplay-nya, tetapi ada antara mereka mampu memberikan penceritaan yang menarik untuk diikuti, lebih-lebih lagi dengan francais lama seperti TEKKEN yang fokus pada konflik sengit antara ahli keluarga Mishima. Nasib baik game ini berikan recap untuk cerita penuh game untuk mereka yang ingin mulakan game baharu ini. Tamat sahaja recap, penceritaan TEKKEN 8 akhirnya bermula, di mana Jin Kazama kembali dengan konflik dengan bapanya Kazuya Mishima.

Mereka sekali lagi terlibat dalam pertempuran sengit yang berat sebelah kerana percubaan Jin untuk membendung kuasa syaitannya, sesuatu yang dia masih kutuk kerana takut menjadi seperti Mishima. Pengisytiharan Kazuya sebagai orang berkuasa paling dominan kemudian mendorongnya untuk mengadakan satu lagi kejohanan King of Iron Fist, di mana kali ini wakil dari setiap negara terpaksa menanggung akibat lebih berat kerana cita-cita Kazuya untuk mencipta dunia yang hanya didiami oleh mereka yang terkuat.
Tekken adalah francais yang tidak pernah mempunyai protagonis tetap, tetapi untuk entri baharu ini, ia lebih memfokuskan kepada Jin dan cita-citanya untuk menghapuskan Kazuya. Sepanjang cerita dia, terus memikirkan situasi di mana dia perlu menggunakan kuasa demon-nya yang disekat, sebelum perlahan-lahan menerima kuasa tersebut sebahagian daripada dirinya. Selain itu, kehadiran Reina sebagai watak baharu yang misteri turut menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Secara keseluruhan, Story Mode TEKKEN 8 mempunyai grafik cutscene dan animasi yang berkualiti tinggi, terutamanya semasa sesi pertarungan yang dibahagikan kepada beberapa potongan sinematik yang epik dan emosional. Setiap bab terasa pendek dengan sebahagian daripada pertarungan kadangkala melibatkan watak lain selainJin. Walaupun rentaknya agak laju, masih mudah untuk kami ikuti ceritanya tanpa sebarang masalah. Seperti biasa sudah tentu ada watak yang kurang relevan kepada ceritanya itu. Sekurang-kurangnya, setiap watak mendapat highlight melalui Character Episode yang memfokuskan kepada penglibatan mereka dalam kejohanan King of the Iron Fist dengan penamat yang menarik.

Sistem Combat yang Diperhalusi
Kami telah pun menceritakan sedikit sebanyak mengenai sistem combat TEKKEN 8 dalam preview sebelum ini, dan tidak banyak benda yang berubah pada versi akhir game. Boleh dikatakan Heat System dalam game ini menjadi tumpuan utama dan mempunyai banyak perubahan yang ketara. Daripada Heat menjadi status kuasa keseluruhan, dengan mengaktifkannya pada masa yang salah boleh memberi kesan sebaliknya kepada pemain dan ini menberikan kelebihan kepada pihak lawan. Prinsip ini lebih efektif untuk memenangi perlawanan dengan laju, terutamanya bila digabungkan dengan peningkatan damage daripada status Rage.

Kalau anda menggunakan Heat Dash atau Heat Smash, ia akan serta merta menamatkan Heat. Jadi selain daripada memukul lawan, andajuga perlu mencari cara efektif supaya tidak membazirkan Heat serta peluang yang ada. Apabila anda sudah kekurangan health, inilah detik di mana pihak lawan akan menggunakan Heat mereka untuk menamatkan pusingan tersebut lebih cepat. Walaupun begitu, tidak semua watak mempunyai bonus Heat yang sama. Sebagai contoh King boleh bertukar menjadi grappler yang mencuri Heat meter setiap kali dia menangkap anda dari jauh, menjadikannya lebih berkuasa daripada watak seperti Lili yang mendapat gerakan baharu.

Perubahan kepadasistem combat yang agresif sememangnya berjaya memberikan sensasi gaming yang hebat, tetapi pada masa yang sama ia menggalakkan pemain untuk lebih menyesuaikan diri dengan prinsip baharu, terutamanya pemain yang mempunyai gaya pertarungan yang lebih kepada defensif. Pemahaman asas combat TEKKEN yang sudah kompleks tidak akan mencukupi kerana sistem Heat baharu membuka peluang baharu untuk diterokai oleh pemain berpengalaman yang pasti menguasainya lebih cepat dan meninggalkan pemain berkemahiran rendah di belakang.

Kemudahan untuk Pemain Baharu
Sebagai seseorang yang baru bermain, TEKKEN 8 tidaklah begitu menakutkan seperti yang dijangka. Ia sudah tentu game fighting yang sangat kompleks tetapi pembangun memberikan pilihan dengan “Special Style”, yang memberikan kawalan yang lebih mudah untuk melakukan combo yang selalunya memerlukan input dan timing yang kompleks. Bagi kami ciri ini sangat membantu pemain-pemain menyesuaikan diri mereka dengan game sebelum perlahan-lahan belajar kawalan manual. Special Style untuk sangat berguna untuk kita akses combo khas untuk setiap watak dan belajarnya kemudian secara manual.

Kami sedar ada beberapa watak ynag mempunyai moveset yang lebih senang untuk menghbungkan combo. Sebagai contoh Lili, Nina, Hworang, Alisa dan Azucena, watak baharu siri. Walaupun kami mencubanya buat pertama kali, memang senang untuk kami biasakan diri dengan gaya pertarungan mereka serta melakukan combo hebat. Walapun begitu, terdapat juga watak-watak yang mempunyai gaya yang lebih kompleks dan agak mencabar, terutamanya serangan pendek seperti Steve Fox kerana dia seorang peninju.

Sudah tentu setiap pemain mempunyai gaya bermainnya tersendiri dan pengalaman yang berbeza. Kami rasa seperti ia mandatori untuk mencuba setiap watak untukmencari watka yang sesuai dengan gaya pertarungan yang senang. Watak-watak ini akan membantu anda untuk biasakan diri dengan sistem combat TEKKEN 8. Game itu sendiri memudahkan pemain dengan wujudnya mode latihan yang mempunyai banyak ciri menarik seperti Ghost Battle yang membolehkan anda untuk menyertai simulasi dengan combat data pemain lain. Ia sememangnya membantu anda berlatih dalam senario yang paling realistik selain bermain dengan pemain sebenar.

Bercakap tentang pemain lain, kami sempat juga masuk ke gelanggang dalam talian untuk beberapa match dan berjaya menang sekali. Selain daripada pembukaan server yang pendek, pemain di dalamnya juga sangat hebat dan bermain dengan agresif. Walaupun kadang-kadang keputusannya tidka memuaskan, tetapi ia memberikan kami gambaran sebenar betapa sengitnya pertarungan dalam TEKKEN 8 nanti.
Kandungan Tambahan, Kembalinya Tekken Ball
TEKKEN 8 juga menyajikan kandungan sampingan yang pelbagai kepada pemain. Terdapat penyesuaian watak yang mendalam dengan beberapa pilihan dan aksesori. Untuk watak utama, anda tidka boleh mengubah rupa fizikal mereka seperti mencipta avatar anda tersendiri. Walaupun begitu, game ini menawarkan banyak gaya yang menarik sambil mengekalkan rupa ikonik setiap watak.

Terdapat juga mode Tekken Ball, di mana ia seakan-akan bola tampar tetapi anda perlu memukul ball untuk memberikan damage kepada musuh. Lebih banyak kuasa dalam melemparkan bola tersebut, lebih banyak damage dan laju yang sudah pasti susah untuk dijangka. Anda masih lagi boleh melancarkan serangan combo normal dan pergerakan Heat dalam mode ini. Pada masa yang sama ia juga boleh dimainkan dalam mode combat normal tetapi dengan kelainan yang berbeza.

Kesimpulan
Daripada perspektif pemain baharu, TEKKEN 8 beraya menangkap perhatian kami walaupun ia mempunyai jurang kemahiran yang ketara. Daripada penceritaan yang menarik di sekitar Jin sehinggalah sistem combat yang agresif, agak terkejut juga melihat game ini mudah dimainkan serta mudah untuk mengajak pemain lain yang tidak biasa dengan genre ini untuk bermainnya.

Daripada segi kandungan, game ini mempunyai senarai watak yang besar untuk pelepasan awal ini. Sudah tentu akan ada lebih banyak kandungan yang bakal dibawa oleh Bandai Namco Entertainment pada tahun-tahun akan datang, terutamanya pada perubahan teknikal untuk memberikan pengalaman gaming yang semakin baik. Malangnya kami tidak untuk meneroka lebih dalam untuk mode online kerana kesuntukan masa, tetpai kalau anda pemain baharu, inilah tempat untuk anda mencabar diri anda dan berlatih dengan pemain-pemain hebat yang pastinya lebih mencabar.
TEKKEN 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2024 di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Untuk membaca segala review daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
TEKKEN 8
PROS
- Cerita yang cukup menarik dengan watak original baharu
- Senarai watak yang besar untuk keluaran awal
- Lebih mudah dimainkan oleh pemain baru
- Pertempuran agresif yang terasa menakjubkan dan lebih berkesan
- Penuh kandungan sampingan daripada mode, customization dan game mini menyeronokkan
CONS
- Rentak cerita boleh menjadi lebih baik
- Combat kadang-kadang rasa sedikit susah dan agak menghukum
Discussion about this post