Quintessential Quintuplets (Gotōbun no Hanayome) telah berkongsi teaser dan poster baru untuk musim 2! Walaupun ia awalnya diumumkan untuk keluar pada Oktober 2020, musim kedua anime yang diadaptasikan oleh manga karya Negi Haruba ini telah ditunda kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlangsung. Tetapi kita tidak perlu menunggu lama lagi sebelum musim seterusnya akan keluar Januari depan.
Untuk bantu peminat yang sedih kerana penangguhan anime, siri ini telah mengeluarkan promo dan poster baru untuk memberi gambaran yang lebih baik tentang tayangan perdananya pada bulan Januari. Anda boleh melihat promo dan poster di bawah:
Kaori (Endro~!, Yuyushiki, How to keep a mummy) akan mengarahkan musim kedua, sebagai pengganti Satoshi Kuwabara. Keiichirō Ōchi kembali daripada musim pertama untuk mengawasi skrip siri. Bibury Animation Studio (Azur Lane, Grisaia: Phantom Trigger) akan menghasilkan animasi, yang menggantikan Tezuka Productions. Masato Katsumata (Azur Lane) menyediakan reka bentuk watak dan berperanan sebagai ketua pengarah animasi. Hanae Nakamura dan Miki Sakurai kembali untuk mengarang muzik.
Sinopsis rasmi:
“Suatu hari, seorang pelajar sekolah menengah tahun kedua bernama Futaro Uesugi berjaya mendapat kerja sebagai seorang tutor swasta dengan gaji yang lumayan. Tetapi anak muridnya adalah rakan sekelasnya!! Dan mereka quintuplet!! Semuanya gadis-gadis cantik, tetapi mereka juga benci belajar dan hampir akan gagal! Tugas pertama Futaro adalah untuk mendapatkan kepercayaan mereka tetapi setiap hari mereka sentiasa penuh kegilaan! Mulahlah komedi romantik quintuplet Nakano yang 5x comel!!”
Sumber – 5Hanayome_anime
@gamersantaimy
Discussion about this post