Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Team Deathmatch bakal hadir dengan Map tersendiri pada Valorant Episode 7!

safwan by safwan
June 6, 2023
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, PC, Shooter, Xbox
0 0
0
Team Deathmatch bakal hadir dengan Map tersendiri pada Valorant Episode 7!

Kredit: Valorant

Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi Episode 6 Act 3 akan berakhir dan tibanya musim baharu. Baru-baru ini, Riot Games telah mengeluarkan satu video untuk kongsikan beberapa kemas kini yang akan dibawa di dalam Valorant selepas penggal pertama 2023 termasuk Team Deathmatch dan agent baharu.

Mode yang dinantikan ramai pemain iaitu Team Deathmatch akan tersedia bermula pada Episode 7 Act 1 di mana ia akan menampilkan map tersendiri dan akan dimainkan secara “fast-paced”. Di dalam mode ini, pemain boleh menggunakan semua agent dan senjata.

Jika di dalam mode Deathmatch sebelum ini, anda akan bermain sebagai agent yang telah ditetapkan dan langsung tidak boleh menggunakan abiliti mereka. Namun, di dalam mode Team Deathmatch, mereka tidak lagi menggunakan peraturan itu dan membenarkan pemain untuk menggunakan abiliti agent yang dipilih.

Buat masa sekarang, mereka tidak mendedahkan banyak tentang perkara tersebut dan mungkin akan didedahkan semasa acara VCT 2023: Master Tokyo yang akan berlangsung pada 12 Jun sehingga 25 Jun 2023.

Kredit: Valorant

Selain itu, mereka juga telah mendedahkan yang agent terakhir yang akan menyertai pasukan Valorant pada hujung tahun nanti adalah seorang Duelist. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya mereka akan mengeluarkan agent Duelist baharu. Kali terakhir mereka menambah seorang Duelist adalah pada bulan Januari 2022 iaitu Neon. Kira-kira telah setahun berlalu.

Banyak lagi perkara yang masih tidak dedahkan oleh mereka. Namun, mereka akan mengongsikan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti. Mari kita sama-sama nantikan perkembangan yang akan diberikan dari masa ke masa mengenai Team Deathmatch yang akan tiba tidak lama lagi di dalam Valorant.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Team DeathmatchVALORANT
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth Boleh Dimainkan Sepenuhnya Tanpa Bermain Remake!

Next Post

BABYMETAL turun KL Malaysia untuk menggembirakan hati peminat!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
BABYMETAL turun KL Malaysia untuk menggembirakan hati peminat!

BABYMETAL turun KL Malaysia untuk menggembirakan hati peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd