Macam-macam kebocoran maklumat tentang God of War: Ragnarok dalam komuniti gaming tetapi masih tiada lagi pengumuman rasmi tentangnya. Lebih-lebih lagi berita mengenai tarikh pelepasan God of War: Ragnarok. Baru-baru ini, dilaporkan bahawa tarikh pelancaran game tersebut telah pun ditunda sehingga hujung tahun malah ada juga yang mengatakan bahawa tarikh tersebut akan didedahkan semasa Summer Game Fest esok. Mari kami ceritakannya satu persatu.

Berita mengenai tarikh pelancaran yang ditunda ke Disember datang daripada Twitter oleh PlaystationSize. Menurutnya PlayStation Store telah menukar tarikh God of War: Ragnarok daripada 30 September kepada 31 Disember dan masih dirancang untuk lancar pada tahun ini. Tiada bukti kukuh jika tarikh itu hanya sebagai penanda ataupun tarikh sebenar untuk pelancarannya. Beberapa petunjuk mengenai pelepasan game itu pada tahun ini juga didedahkan sepanjang tahun.
Antaranya ialah penilaian daripada Korea Selatan, yang selalunya dikeluarkan beberapa bulan sebelum game dilancarkan. Selain itu, pelakon suara Thor, Ryan Hurst mengesahkan bahawa segala kerja mengenai suara untuk Ragnarok sudah pun tamat. Ini bermaksud Santa Monica kini sepenuhnya berusaha dalam pembangunan game tersebut.
Disebabkan Summer Game Fest juga akan berlangsung tidak lama lagi. Ada khabar angin mengatakan bahawa tarikh pelepasan God of War: Ragnarok juga akan diumumkan semasa acara tersebut. Apapun jangan letakkan harapan yang tinggi, takut terlebih kecewa pula. Kita tunggu sahaja PlayStation umumkannya nanti. Berkemungkinan besar ia mungkin tersedia untuk State of Play seterusnya.

God of War juga sekarang percuma untuk dimainkan oleh pemain PS Plus. Jangan lupa untuk tuntut pula. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai francais game ini daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post