Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh Keluaran Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Diawalkan Ke 21 Februari 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 18, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Tarikh Keluaran Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Diawalkan Ke 21 Februari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio telah mengumumkan bahawa Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii akan dilancarkan seminggu lebih awal daripada yang dijadualkan. Asalnya ditetapkan pada 28 Februari 2025, tarikh baharu adalah 21 Februari 2025, dan ia akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Dalam mesej video, ketua Ryu Ga Gotoku Studio, Masayoshi Yokoyama, menjelaskan:

“Tarikh baharu ini sebahagiannya kerana pembangunan berjalan lebih lancar daripada jangkaan, tetapi kami juga mahu menyampaikan game ini kepada pemain di seluruh dunia secepat mungkin. Dengan sokongan semua pihak di SEGA, dalaman dan luaran, kami berjaya menjadikan ini satu kenyataan.”

Kredit: ©SEGA

Game ini, yang merupakan projek kejutan dari Ryu Ga Gotoku Studio, menampilkan bekas yakuza Goro Majima (sebagai protagonis) dalam pengembaraan di lautan luas berlatarkan Hawaii dan kawasan sekitarnya. Sebuah trailer baharu, yang didedahkan semasa Xbox Partner Preview, menunjukkan pertempuran laut dalam game ini buat kali pertama.

Pemain akan mengawal kapal Goro yang menavigasi perairan yang penuh dengan lanun, melibatkan diri dalam pertempuran meriam serta pertarungan bersemuka apabila menaiki kapal musuh.

Dalam game, pemain akan menerokai pelbagai lokasi unik:

  • Rich Island: Sebuah pulau terpencil di mana Majima, yang mengalami amnesia, terdampar. Pulau ini dihuni oleh Noah Rich dan keluarganya, di mana lanun berkeliaran di sekitar pantainya.
  • Madlantis: Sebuah pulau rahsia yang menjadi tempat perlindungan penjenayah. Tersembunyi di dalam gua, ia menampilkan kawasan hiburan yang luas dan Pirates’ Coliseum, di mana kapal-kapal terlibat dalam pertempuran laut. Sakamoto menekankan bahawa Madlantis jauh lebih besar daripada The Castle (kawasan kasino dari Like a Dragon: The Man Who Erased His Name).
  • Nele Island: Sebuah tapak suci yang dikaitkan dengan kumpulan agama Palekana, Haku, yang merupakan menghuni pulau ini. Berbeza dengan Rich Island, Nele mempunyai pelabuhan yang jauh lebih besar.
  • Hawaii: Destinasi pelancongan ikonik ini memainkan peranan penting dalam game, di mana pemain boleh belajar lebih banyak tentang budaya Hawaii melalui bar Revolve yang terletak di Honolulu City.
Kredit: ©SEGA

Sakamoto juga memperkenalkan watak-watak utama yang akan membentuk kru Majima, termasuk Noah Rich, kucing peliharaannya Goro, dan bapanya Jason Rich. Turut menyertai mereka adalah tukang masak kapal, Masaru Fujita.

Mereka akan berdepan dengan pirate queen Michelle dan Raymond Law, pirate king Madlantis yang dilakonkan oleh ahli gusti profesional Samoa Joe. Kedua-dua watak ini menguasai pulau Madlantis, menjadikan mereka musuh yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii
ShareTweetSend
Previous Post

[LEVEL UP KL 24] EKSKLUSIF: “Kreativiti & Perniagaan,” Justin Berenbaum Jelas Kejayaan Dalam Industri Gaming Moden

Next Post

Konami Umum Game Aksi Open-World ‘Edens Zero,’ Akan Tiba 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Konami Umum Game Aksi Open-World ‘Edens Zero,’ Akan Tiba 2025

Konami Umum Game Aksi Open-World 'Edens Zero,' Akan Tiba 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd