Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Taniah kepada Juara MSC 2021- EXECRATION dari Filipina, membawa pulang RM280 ribu!

 Blacklist International mendapat naib juara!

Nyny.A by Nyny.A
June 13, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Kejohanan esports, Mobile Game, Online Game
0 0
0
Taniah kepada Juara MSC 2021- EXECRATION dari Filipina, membawa pulang RM280 ribu!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah berhempas pulas bermula 7 – 13 Jun untuk MSC 2021 (Mobile Legends Bang Bang SEA Cup), menyaksikan 12 pasukan hebat Asia Tenggara, akhirnya juara tahun ini dimenangi pasukan dari Filipina iaitu Execration!

Mobile Legends: Piala Asia Tenggara membuat #comeback besar pada tahun 2021 yang akan menampilkan aktiviti dalam permainan, acara mini, dan bintang #MLBB. Dua belas pasukan dari negara-negara Asia Tenggara akan bertanding untuk hadiah kumpulan USD 150,000.

Peminat boleh melihat pemain legend Mobile Legends: Bang Bang yang sudah tua atau yang sudah bersara membuat comeback secara eksklusif untuk MSC sebagai tetamu istimewa. Juga dengan skin masa terhad yang akan tersedia dari 29 Mei hingga 13 Jun melalui aktiviti dalam permainan MSC dan “Double Event.”

Execration telah membawa pulang $70,000 (anggaran RM280ribu) malam ini. Dengan perlawanan akhir menentang pasukan Blacklist International yang juga mewakili Filipina dalam mata 1-4! jauh betul pengejaran tu tadi! Memang gempak jika anda melihat apa yang terjadi pada saat akhir hari terakhir MSC 2021.

Execration adalah pasukan Filipina kedua yang memenangi gelaran MSC selepas Aether Main kini adalah Bren Esports pada tahun 2018. Blacklist hanya berjaya mengambil Game pertama dengan skor rendah ketika mereka memanfaatkan jurang pendahuluan menentang Execration. Execration hanya mendapat 3 kill pada awal permainan berbanding dengan Blacklist.

Berikut adalah pasukan yang telah pun berentap selama beberapa hari ini;

Malaysia: RSG MY, Todak; Filipina: Blacklist International, Execration; Indonesia: EVOS Legends, Bigetron Alpha; Singapura: EVOS SG, RSG SG; Laos: Nightmare Esports; Kemboja: KH Impunity; Vietnam: Cyber Exe dan  Thailand: IDONOTSLEEP.

Sayangnya tahun ini bukan milik Malaysia. Walau bagaimanapun, RSG MY dan Todak telah membuat yang terbaik dalam beberapa pertempuran mereka. Seperti RSG MY yang juga merupakan pemenang MPL Musim 7, hanya berjaya hampir ke peringkat akhir selepas tewas 2-0 di tangan Blacklist International.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada semua pemenang untuk musim tahun ini! Pasukan Malaysia, jangan cepat mengalah, lain kali kita cuba lagi buat yang terbaik ok! Ikuti laman web rasmi MSC untuk ketahui lebih lanjut mengenai perlawanan tahun ini!

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ExecrationMobile Legends Bang Bang SEA CupMSC 2021
Previous Post

[E3 2021] Godfall akan keluar di PS4 pada bulan Ogos bersama expansion Fire & Darkness!

Next Post

[E3 2021] Naraka: Bladepoint akan dilancarkan 12 Ogos ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[E3 2021] Naraka: Bladepoint akan dilancarkan 12 Ogos ini!

[E3 2021] Naraka: Bladepoint akan dilancarkan 12 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd