Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tambah XP dengan Coca Cola Ultimate Zero Sugar – kolab unik bersama LoL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2023
in Artikel, Berita, Produk, Tempatan
0 0
0
Tambah XP dengan Coca Cola Ultimate Zero Sugar – kolab unik bersama LoL!
Share on FacebookShare on Twitter

Coca-Cola telah berganding bahu dengan Riot Games (pencipta League of Legends), untuk melancarkan perisa edisi terhad baharu bernama Coca-Cola Ultimate Zero Sugar. Dipasarkan untuk menawarkan “rasa Poin Pengalaman (+XP) kepada para peminat dan pemain“, perisa Ultimate Zero Sugar melambangkan kerjasama sulung antara Coca-Cola dengan Riot Games dalam mencipta perisa baharu untuk menyemarakkan pengalaman para pemain.

Kredit: Coca Cola Malaysia

Coca-Cola Ultimate Zero Sugar telah menyatukan dua jenama ikonik dengan reka bentuk pembungkusan yang menampilkan warna hitam dan pelbagai rona emas. Logo Coca-Cola Creations pula dihiasi dengan lambang Ultimate, disemarakkan lagi dengan cahaya Hextech biru yang ajaib. Selain itu, reka bentuk ini mempamerkan huruf Spencerian Script Coca-Cola yang unik, diilhamkan daripada Nexus Crystals dalam League of Legends.

David Mulhall, Head of Business Development and Partnerships, Riot Games berkata;

“Kami sangat teruja untuk menjemput para pemain merasai perisa +XP baharu, yang merupakan hasil kolaborasi bersama Coca-Cola, satu jenama yang diiktiraf di peringkat global dan dicintai jutaan peminat. Coca-Cola berkongsi banyak nilai yang berpaksikan kepada pemain yang kami miliki di Riot, dan kami berasa berbesar hati dengan jalinan kerjasama pertama dalam permainan video untuk Coca-Cola Creations.”

Rina Surya, Frontline Marketing Director at Coca-Cola ASEAN & South Pacific – Singapore & Malaysia pula menambah;

“Kolaborasi dengan Riot Games membolehkan kami menyemarakkan pengalaman Coca-Cola Creations, dengan memperkenalkan perisa baharu yang menonjolkan komitmen bersama kami untuk mengutamakan peminat dan pemain dalam segala yang kami lakukan. Coca-Cola Ultimate merupakan inovasi yang ke-7 kepada portfolio Coca-Cola Creations kami. Ia menampilkan reka bentuk menakjubkan dan menawarkan rasa +XP yang unik untuk menyegarkan para pemain, di samping melonjakkan pengalaman permainan mereka ke aras baharu.”

Selain menikmati minuman baru, pemain League of Legends boleh mendapatkan emote Ultimate edisi terhad dengan menyelesaikan satu siri misi yang diaktifkan mengikut urutan:

  • Dapatkan tujuh ‘assists’ dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Teamplay.
  • Dapatkan 12,000 emas dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Gains.
  • Menangi satu permainan dalam masa kurang dari 20 minit untuk emote Ultimate Tempo. 

Emote Ultimate akan tersedia sehingga 19 Julai, jam 2.59 petang.

Kredit: Coca Cola Malaysia

Tambahan pula, dengan mengimbas kod QR pada tin Coca-Cola Ultimate Zero Sugar, pemain akan dibawa ke Coca-Cola Creations Hub, iaitu hub pengalaman digital Coca-Cola Creations yang unik. Antara tawaran menarik yang tersedia di Coca-Cola Creations Hub ialah Ultimate Emote Generator, penapis Instagram yang membolehkan pemain menggayakan diri dengan emote League of Legends untuk dikongsikan di media sosial.


Sepanjang 2023, Coca-Cola akan memperkenalkan pelbagai tambahan edisi terhad Coca-Cola Creations serta kolaborasi unik. Untuk maklumat lanjut tentang Coca-Cola Creations, anda boleh layari pautan ini.  

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Disney Speedstorm bakal dilancarkan pada 28 September secara PERCUMA!

Next Post

Barisan Anime Summer 2023 Menarik Untuk Korang Layan! Ada BLEACH, JUJUTSU KAISEN dan Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Barisan Anime Summer 2023 Menarik Untuk Korang Layan! Ada BLEACH, JUJUTSU KAISEN dan Banyak Lagi!

Barisan Anime Summer 2023 Menarik Untuk Korang Layan! Ada BLEACH, JUJUTSU KAISEN dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd