Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyatukan penggemar permainan video, sukan, dan eSukan dari seluruh dunia, PlayStation telah mengumumkan Olympic Virtual Series Motor Sport Event pertama pada 23 Jun. Dengan bangganya, saya melaporkan bahawa Taj Aiman akan mewakili Malaysia sebagai Top 16 dalam GT Sport Olympic Virtual Series!
Dianjurkan oleh The Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) dan Polyphony Digital Inc., para peserta akan bersaing dalam permainan Gran Turismo Sport. Asalnya bermula pada 13 Mei dengan Global Online Qualifications. Selama 11 hari, peserta Gran Turismo Sport bertanding untuk 16 kedudukan teratas yang dibahagikan di antara lima wilayah: tujuh pemain dari Eropah, Timur Tengah, dan Afrika, empat dari Asia, dua dari Amerika Utara, dua dari Amerika Tengah dan Selatan, dan satu dari Oceania. Selepas beberapa perlumbaan yang sengit, 16 pemain terhebat telah diumumkan.
Kita sebagai rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai berita yang menggembirakan kerana Malaysia berjaya menduduki tempat keempat di Asia! Diwakili oleh Taj Aiman yang, kebetulan adalah juara dari siri MSF CyberTurismo, dia mencatat masa 1 minit 55.437 saat untuk meletakkan dirinya di kedudukan ke-54 dalam kedudukan global. Lebih menggembirakan lagi, Taj adalah salah satu daripada 16 peserta teratas yang akan mara ke World Final pada 23 Jun, Hari Olimpik, di mana saya doakan dia membawa pulang pingat emas untuk Malaysia!
オリンピック・バーチャルシリーズ、地区予選終了まで12時間。このまま終わるのか、もう一波乱あるのか。 pic.twitter.com/BlidhkFLW7
— 山内 一典 / Kaz Yamauchi (@Kaz_Yamauchi) May 23, 2021
Netizen Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian sebagai penonton untuk menyokong Taj Aiman ketiak acara tersebut disiarkan secara langsung pada 23 Jun di saluran Twitch PlayStation.
Sumber – PaulTan
@gamersantaimy
Discussion about this post