Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tahniah Battle Arena Elite dengan memenangi Predator League 2020 Malaysia PUBG dan membawa pulang RM10,000!

Serta berjaya menempah ke tiket final perlawanan di Predator League 2020 Filipina!

Nyny.A by Nyny.A
December 8, 2019
in Acara, Artikel, Berita, PC
0 0
0
Tahniah Battle Arena Elite dengan memenangi Predator League 2020 Malaysia PUBG dan membawa pulang RM10,000!
Share on FacebookShare on Twitter

Pusingan akhir Predator League 2020 Malaysia PUBG hari kedua telah pun menutupkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan 16 pasukan merebutkan kolam hadiah sehingga RM24,000 yang termasuk produk-produk Acer Predator!! Maka malam ini kita dapat  menyaksikan pasukan gergasi Battle Arena Malaysia iaitu Battle Arena Elite membolosi jurang juara dengan membawa pulang RM10,000 beserta Predator Aethon 300 Gaming Keyboard dan menempah tiket ke Predator League 2020 Finals yang akan berlansung di Manila, Filipina Februari 2020 untuk mewakili Malaysia!

Paukan Battle Arena Elite yang diwakili Sean ” BadMaN ” Tan; LokiesMY; Jesse ‘Neferhor’ Watson; Muhammad “Savior” Hazwan dan Mukhlis ‘Mzero’, teryata menyerlahkan kehebatan mereka dengan kemenangan sehingga 6 Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan mata keseluruhan yang dimiliki mereka adalah 184 dalam keseluruhan 12 pusingan yang bermula dari semalam 7 Disember hingga hari ini 8 Disember 2019 di Battle Arena Malaysia!

Tempat kedua dimenangi oleh GeekFam dan membawa pulang RM5,000 + Predator Galea 350 Gaming Headset, mereka berjaya mendapat 2 WWCD dengan mata keseluruhan 84. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Boss Gold juga mendapat dua WWCD keseluruhan permainan dan mata 83. Boss Gold pula membawa pulang RM3,000 beserta Acer E300 True Harmony Earphone.

Berikut adalah senarai keseluruhan mata untuk Predator League 2020 Malaysia PUBG ;

Disini pula senarai hadiah tempat keempat hingga seterusnya;

Tempat Keempat – RM2,000 + Acer E300 True Harmony Earphone
Tempat Kelima & Keenam – RM800 + Acer E300 True Harmony Earphone
Tempat Ketujuh & Kelapan- RM400 + Predator M size mouse pad
Tempat Kesembilan hingga Enambelas- RM200 + Predator Waterproof Bag

Keseluruhan kolam hadiah Predator League 2019 Malaysia adalah RM100,000.00! Pecahan kolam hadiah RM100,000 Predator League tersebut adalah RM50,000 untuk DOTA2 yang sebelum ini kita dapat menyaksikan pemenangnya adalah Flower Gaming dan RM24,000 bagi PUBG juga hadiah-hadiah lain yang bernilai RM26,000.

Juara-juara wakil ini sekali lagi kami ingin sampaikan bahawa mereka akan menentang juara Asia Tenggara yang lain di Predator League 2020 Finals yang akan berlansung di Manila, Filipina Februari 2020 dan mereka akan merebutkan kolam hadiah yang disediakan sebanyak USD $400,000 (anggaran RM1,673,800.00).

Jadi tahniah sekali lagi buat pasukan Battle Arena Elite (PUBG) dan Flower Gaming (DOTA 2) yang berjaya mewakili Malaysia untuk pusingan akhir Predator League 2020! Semoga berjaya disana nanti!

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battle Arena EliteBattle Arena MalaysiaPredator League 2020 FinalsPredator League 2020 Malaysia PUBG
Previous Post

Pingat Gangsa SEA Games Esports 2019 Mobile Legends Bang Bang telah pasti milik Team Malaysia!

Next Post

“Nak menjadi pemain Pro? Jadilah serius walaupun dalam mod Matchmaking yang biasa!” – Battle Arena Elite!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
“Nak menjadi pemain Pro? Jadilah serius walaupun dalam mod Matchmaking yang biasa!” – Battle Arena Elite!

"Nak menjadi pemain Pro? Jadilah serius walaupun dalam mod Matchmaking yang biasa!" - Battle Arena Elite!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd