Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

T-Rex Dalam Battle Royale!

Sebuah Projek Indiegogo

Jade Ice by Jade Ice
July 28, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
T-Rex Dalam Battle Royale!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah syarikat game dari Australia, Alderon Games kini sedang menjalankan kempen crowdfunding bagi mendapatkan dana untuk mengeluarkan sebuah game yang dinamakan Path of Titans. Perkataan Titans disini merujuk kepada: dinosaur! Lebih butiran mengenai projek ini ada di Indiegogo.

Setakat penulisan ini, mereka telah berjaya mengumpulkan RM144,735 untuk pembangunannya. Dengan serendah RM11, anda boleh meletakkan nama anda dalam credits game itu dengan paling mahal RM4,055; anda boleh mendapatkan seekor Stegasaurian selepas pelancaran game ini nanti. Banyak pakej sokongan yang anda boleh pilih.

Game ini dibangunkan untuk platform Windows, MacOS, Linux, Android dan iOS dan lengkap dengan fungsi crossplay. Ia juga hanya boleh dimuat turun menerusi launcher mereka sendiri dan ianya TIDAK akan berada di Steam.

Berkenaan game nya pula, anda perlu mencari air, mencari tumbuhan yang boleh dimakan dan memburu (bergantung kepada jenis dinosaur yang dipilih barangkali) untuk mengelak daripada kematian. Anda boleh menyertai misi yang didorong persekitaran untuk mendapatkan mata yang boleh digunakan untuk membangunkan dinosaur anda dan membuka skin serta dinosaur yang baru.

Antara ciri lain termasuk:

  • Watak tetap dengan kebolehan mengubah skin dan sifatnya.
  • Sistem questing yang kompleks.
  • Sistem group dan guild yang membolehkan memburu secara berkumpulan dan penghijrahan berkumpulan; dengan pelayan yang boleh menyokong 200 pemain serentak.
  • Persekitaran yang hijau dipenuhi dengan dinosaur AI dan makhluk pra-sejarah kecil yang lain.
  • Berenang, menyelam dan memancing di tasik dan sungai.
  • Permainan crossplay.
  • Modding tool yang berkuasa dengan dokumen lengkap, dengan backend yang membenarkan modder untuk menghantar kandungan mereka kepada pemain lain.

Berikut pula adalah sedikit sedutan berkenaan mekanisma game ini:

Dinosaur yang boleh dimainkan pula terdiri daripada variasi yang memenuh pelbagai cara permainan, sifat mereka dan penampilan. Daripada Camptosaurus yang kecil hinggalah ke gergasi Daspletosaurus. Terdapat juga spesis dinosaur separa aquatik dan juga spesis berpelepah.

Lebih terperinci, 10 ekor dinosaur yang dipilih adalah dari 2 zaman dengan formasi geological Morrison iaitu zaman Jurassic dan formasi Dinosaur Park yang membawakan zaman Cretaceous. Pada masa depan mereka bercadang untuk menambahkan formasi Elrhaz, dengan seekor dinosaur dari zaman ini sudahpun berada dalam permainan.

Pemain yang memberikan sokongan menerusi Pre-release Access tiers ini akan mendapatkan game ini menerusi satu masa pre-release yang akan diumumkan nanti. Ketika ini, anda boleh memainkan preview game ini dan boleh memberikan maklum balas untuk membantu membentuk game ini dalam versi akhirnya.

Tarikh pre-release yang dijangkakan adalah sekitar Disember 2019 untuk PC, Linux dan Mac SAHAJA. Tarikh tepat akan diumumkan apabila semakin menghampiri bulan Disember.

Sumber: Indiegogo

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: alderon gamescrowdfundingdinosaurindiegogopath of titanst-rex
Previous Post

Temu Ramah Bersama X QUEST F – Kami yakin kami akan menjuarai PMCO Global Final!

Next Post

TOP ESPORTS Menjuarai PMCO Spring Split Global Final 2019 dan membawa pulang $180,000 USD (MYR 1,647800.00)!!!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
TOP ESPORTS Menjuarai PMCO Spring Split Global Final 2019 dan membawa pulang $180,000 USD (MYR 1,647800.00)!!!

TOP ESPORTS Menjuarai PMCO Spring Split Global Final 2019 dan membawa pulang $180,000 USD (MYR 1,647800.00)!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd