Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suzume no Tojimari Hadir Dengan Trailer Dan Visual Baru! Kerusi boleh bercakap?!

Maira by Maira
September 29, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Suzume no Tojimari Hadir Dengan Trailer Dan Visual Baru! Kerusi boleh bercakap?!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem terbaru Makoto Shinkai, Suzume no Tojimari telah melepaskan satu lagi trailer terbaru. Bersama-sama trailer tersebut, visual poster utama dan pelakon suara juga telah diperkenalkan! Anda boleh menonton trailer baru itu di bawah:

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Suzume no Tojimari:

Di seberang pintu, adalah masa sepenuhnya—
Perjalanan Suzume yang berusia 17 tahun, bermula di sebuah bandar yang tenang di Kyushu, apabila dia bertemu dengan seorang lelaki muda yang memberitahunya, “Saya sedang mencari pintu.” Apa yang Suzume temui ialah satu pintu lama yang berada di tengah-tengah runtuhan, seolah-olah ia terlindung daripada sebarang malapetaka yang melanda. Terpukau dengan kuasanya, Suzume mencapai tombol pintu tersebut…

Pintu-pintu mula terbuka satu demi satu di seluruh Jepun, melepaskan kemusnahan kepada sesiapa yang berada di dekatnya. Suzume mesti menutup portal ini untuk mengelakkan bencana selanjutnya.

Bintang
Matahari terbenam
Langit pagi
Dalam alam itu, seolah-olah semua masa telah lebur bersama di langit—

Ditarik oleh pintu misteri ini, perjalanan Suzume bermula.

Suzume no tojimari

Shinkai akan mengarah filem dan menulis skrip. Dia juga dikreditkan untuk cerita asal. Masayoshi Tanaka akan mereka watak. Kenichi Tsuchiya pula mengarah animasi, manakalaTakumi Tanji ialah pengarah seni. CoMix Wave Films dan Story Inc. akan menerbitkan filem itu. TOHO pula akan mengedarkan filem itu.

Kalau anda ingin tahu, filem anime ini juga mendapat adaptasi manga dan novel dalam bahasa Jepun. Suzume no Tojimari akan ditayangkan di Jepun pada 11 November. Malang sekali masih tiada pengumuman mengenai tayangan filem tersebut di Malaysia. Mungkin kita akan mendapat maklumat lanjut daripada pengedar filem pada masa akan datang.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Filem animeMakoto ShinkaiSuzume no Tojimari
Previous Post

Skull & Bones ditunda ke Mac 2023, akan buka Open Beta tidak lama lagi!

Next Post

Filem & siri DISNEY+ yang wajib korang layan sepanjang Oktober 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem & siri DISNEY+ yang wajib korang layan sepanjang Oktober 2022!

Filem & siri DISNEY+ yang wajib korang layan sepanjang Oktober 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd