Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Survival MOBA ‘ROYAL CROWN’ boleh dimuat turun di mobile & Steam sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2020
in Android, Artikel, iOS, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Survival MOBA ‘ROYAL CROWN’ boleh dimuat turun di mobile & Steam sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

LINE Games Corporation mengumumkan bahawa survival MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) multi-platform barunya ‘ROYAL CROWN’, yang dibangunkan oleh Meerkat Games, telah dilancarkan secara global di mobile dan PC. Kini tersedia di Steam Early Access, ROYAL CROWN juga boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Selain itu, kami juga mencuba game ini di acara G-STAR 2019. Anda boleh klik di sini untuk tahu pengalaman kami.

ROYAL CROWN adalah game multi-platform pertama oleh LINE Games yang menyokong cross-play antara peranti mobile dan PC. Reka bentuk user interface pula telah diubah suai untuk setiap platform bagi meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan.

Game ini mengumpul sehingga 60 pemain di atas medan perang dalam masa nyata, dan menyokong pelbagai mod termasuk ‘SOLO MODE‘ di mana pemain terakhir menjadi juara dan juga ‘SQUAD MODE‘ untuk pemain menguji kemampuan kerjasama dengan pasukan.

Berlangsung di dunia fantasi abad medieval di mana sihir dan sains wujud, ROYAL CROWN adalah MOBA bertema fantasi yang mempunyai elemen RPG. Pemain mengambil bahagian dalam pertandingan besar untuk memilih pahlawan paling kuat. Di sini, anda boleh memilih untuk bermain sebagai Magician, Archer, Assassin atau lain-lain daripada 15 kelas berbeza.

Game ini akan mencabar pemain untuk berfikir pelbagai strategi demi menewaskan musuh di atas medan perang sambil melarikan diri daripada bulatan yang semakin mengecil. Selain itu, manfaatkan persekitaran sekeliling anda termasuk raksasa dan barangan untuk meningkatkan tahap dan lengkapkan watak dengan gear.

Untuk meraikan pelancaran global ROYAL CROWN, LINE Games akan mengadakan acara pelancaran khas yang menghadiahkan ganjaran seperti mata wang dalam permainan Gold, dan item Glider kepada pemain selama tujuh hari. Untuk maklumat lanjut mengenai ROYAL CROWN dan acaranya, mari lawat Facebook atau Steam rasmi permainan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LINE GamesMOBAMobilePCRoyal CrownRPG
Previous Post

Kerana bosan dikurung, gamers Malaysia mencipta suasana Ramadan di dalam dunia permainan!

Next Post

Google Stadia mengumumkan 10 GAME BARU semasa siaran Stadia Connect!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Google Stadia mengumumkan 10 GAME BARU semasa siaran Stadia Connect!

Google Stadia mengumumkan 10 GAME BARU semasa siaran Stadia Connect!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd