Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Mecha Champions melancarkan Pilot Bond System & mecha baru Neutron Star!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Super Mecha Champions melancarkan Pilot Bond System & mecha baru Neutron Star!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, game mobile terkenal Super Mecha Champions oleh NetEase Games telah melancarkan kemas kini besar untuk peminat sekalian. Selain daripada memperkenalkan dua sistem baru, iaitu Pilot Bond System dan Bounty System, mecha baru bernama Neutron Star juga akan menyertai medan perang. Mari kita lihat!

Mecha baru Neutron Star!

Neutron Star adalah mecha yang digunakan oleh pasukan polis elit, dengan tanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keadilan di Mecha City. Walapun mempunyai saiz yang kecil, kekuatan Neutron Star jangan disangkal. Ia mempunyai mobiliti yang pantas dan kemampuan pertempuran yang sangat hebat.

Sistem baru untuk pemain!

Pilot Bond System membolehkan pemain meningkatkan ikatan mereka dengan pilot dengan dua cara. Pertama sekali, pemain harus kerap menggunakan pilot kegemaran dalam pertempuran agar ikatan mereka boleh bertambah secara beransur-ansur. Cara kedua ialah pemain boleh meningkatkan ikatan dengan menghantar Bond Item ke pilot kegemaran. Sebagai peringatan, Bond Item berbeza akan memberi kesan yang berbeza pada setiap pilot. Bounty System baru juga membantu pemain untuk mendapatkan lebih banyak Bond Item. Setiap hari, Bounty Mission akan berubah, jadi pemain boleh menyelesaikan misi ini untuk mendapatkan hadiah.

Ubah suai Talent untuk memenangi setiap pertarungan!

Sistem ganjaran Skill Book juga tersedia. Pemain dapat menggunakan Skill Book untuk meningkatkan tahap Talent pilot agar abiliti pertempuran mereka semakin tinggi. Pilot Talent adalah satu set kemahiran pasif yang terdapat di setiap juruterbang. Apabila pemain memilih pilot yang membuka Talent ini, skill tersebut secara automatik akan aktif dan kekal pada keseluruhan perlawanan. Setiap pilot mempunyai dua Talent yang berbeza yang boleh ditingkatkan. Manfaatkan Talent ini untuk menuju ke arah kemenangan!

*Sistem Talent akan diperluas dan dioptimumkan dalam kemas kini pada masa akan datang.

Ini sahaja semua penambahan baru untuk kemas kini ini. SMC League akan terus membawa aktiviti yang menarik, Mecha baru, mod permainan baru, dan watak baru kepada pemain. Nantikan kemas kini akan datang!

Muat turun di sini
   
Super Mecha Champions
Publisher: NetEase Games
Developer: NetEase Games
Release Date: 2019-07-25
Android, iOS, Steam
Super Mecha Champions merupakan sebuah permainan Battle Royale Aksi yang menggunakan Mecha untuk pertarungan! Diterbitkan oleh NetEase GamesAction. Mempunyai pembelian dalam talian. Pemain SMC dari seluruh dunia telah turun ke bandar futuristik untuk bertarung dengan Mecha yang mengagumkan!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSmechaMobileSuper Mecha Champions
Previous Post

Ulasan Legends of Runeterra: “Alami dunia League of Legends dalam versi yang lebih strategik!”

Next Post

Trailer rasmi Assassin’s Creed Valhalla didedahkan! Berubah menjadi VIKING paling legendari dalam sejarah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer rasmi Assassin’s Creed Valhalla didedahkan! Berubah menjadi VIKING paling legendari dalam sejarah!

Trailer rasmi Assassin's Creed Valhalla didedahkan! Berubah menjadi VIKING paling legendari dalam sejarah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd