Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan Super Bomberman R Online telah dilancarkan untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam sebagai muat turun digital eksklusif free-to-play. Bersama dengan pelancaran ini, Konami menyatakan mereka telah mula berkolaborasi dengan game dari Mediatonic, iaitu Fall Guys: Ultimate Knockout. Pemain Super Bomberman R Online boleh menuntut watak playable eksklusif, iaitu “Bean Bomber” dalam game.
Super Bomberman R Online di inspirasikan dari populariti Super Bomberman R, dengan membawa kembali lapan watak Bomber Brothers untuk 64 pemain dalam online battle royale. Game ini mengembalikan suasana klasik, dimana gameplay-nya adalah meletupkan medan peperangan, mencari kuasa tersembunyi dan meletupkan pihak lawan. Aksi dalam game ini juga ditingkatkan dengan penambahan mod “Battle 64” yang memberikan pengalaman battle royale sehingga 64 pemain di 16 pilihan medan peperangan. Jumlah pemain akan dikurangkan selepas setiap level selesai sehingga hanya tinggal satu pemain sahaja yang kekal hidup dan akan dikira sebagai pemenang.
OId Snake Bomber untuk Season 1
Bomberman R Online akan memperkenalkan sistem in-game season untuk semua platform, dimana setiap musim akan berlangsung selama tiga bulan dan akan ada item baru, kosmetik dan hero Bomber baru. Tema untuk Season 1 telah ditambahkan dengan watak dari game Metal Gear Solid, iaitu Old Snake Bomber yang boleh didapatkan melalui “Bomber Coins” semasa bermain.
Battle Pass
Selain itu, game ini juga melancarkan sistem two-tier “Battle pass”, iaitu Silver Pass dan Gold Pass. Pemain boleh mendapatkan Silver Pass secara percuma, dan anda boleh meningkatkan rank level pass dengan bermain mod Battle 64 untuk mendapatkan ganjaran kosmetik seperti taunt, aksesori dan pose. Terdapat 100 level dalam Silver Pass yang menyediakan banyak kandungan percuma untuk setiap musim.
Manakala untuk Gold Pass pula, pemain ditawarkan dengan ganjaran lebih besar, seperti kosmetik dan item lain. Pemain boleh mendapatkan Gold Pass ini dengan nilai 800 Bomber Coins yang boleh dibeli dalam pek melalui in-game shop atau kedai platform dan dijadikan sebagai hadiah. Rank dan kandungan untuk Silver dan Gold Bomber Pass adalah bermusim, jadi pemain perlu melanggan semula di setiap musim baru untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran.
Membuat Custom Room
Dengan Premium Pack Super Bomberman R Online, hos boleh membuat custom room untuk mod Battle 64, mod Standard untuk 16 pemain atau mod Grand Prix dimana dua pasukan akan bertarung secara 3v3 untuk mendapatkan point tertinggi dalam dua pusingan perlawanan.
Sempena dengan kejayaan Super Bomberman R yang telah mencecah jualan sebanyak 2 juta unit, Konami akan memberikan para pemain set pakaian “Double Platinum Cake”. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta menonton kandungan gameplay mengenai Super Bomberman R Online, anda boleh layari laman rasmi mereka.

@gamersantaimy
Discussion about this post