Roster asas untuk Mortal Kombat 11 agak besar, dengan 25 karakter baru dan lama. Apabila pemain maju di dalam jalan cerita utama Mortal Kombat dan mula mengasah kemahiran watak kegemaran mereka, pemain pasti akan rasa lebih terbiasa dengan suara di belakang watak-watak ini. Memang benar, suara di belakang watak Mortal Kombat terdiri daripada pelakon berpengalaman dan lama yang berbakat. Terima kasih kepada mereka kerana sudi meminjam suara untuk menjayakan game terbaru NetherRealm Studio!
Korang boleh lihat barisan pelakon di bawah, dan sedikit maklumat tentang pengalaman mereka sebelum ini. Untuk maklumat semua, hanya pelakon suara yang menjadi suara playable character di Mortal Kombat 11 sahaja berada di dalam senarai ini.
Ike Amadi (Shao Kahn)
Ike Amadi bukan orang asing lagi di dalam dunia lakonan suara permainan video dan beberapa kejayaannya ialah siri Call of Duty, Fallout, dan Mass Effect. Amadi buat kali pertama memberi suara kepada Mortal Kombat dan menyuarakan Shao Khan yang boleh didapati sebagai bonus untuk para pemain yang pre-order game ini.
Troy Baker (Erron Black)
Troy Baker baru-baru ini menjadi berita utama, atas sebuah kesilapan bahawa beliau akan menyambung suara sekali lagi untuk menjadi Rhys daripada Borderlands 3. Selain daripada kehadirannya di francais Borderlands 3, beliau sangat berpengalaman menyuarakan watak permainan video, seperti Joel daripada The Last of Us.
JB Blanc (Kano)
JB Blanc telah lama menjadi pelakon suara video game sejak 2003 Star Wars: The Knights of the Old Republic. Beliau mempunyai lebih daripada 100 penglibatan di dalam permainan video termasuk Apex Legends dan Metro Exodus pada tahun ini, tetapi ini kali pertama beliau bekerja bersama game Mortal Kombat.
Steve Blum (Baraka & Sub-Zero)
Steve Blum juga merupakan pelakon suara yang lama di dalam industri. Tahun ini saja, korang semua boleh dengar suara Blum dalam game seperti Metro Exodus, Travis Strikes Again: No More Heroes, dan Ace Combat 7: Skies Unknown serta menjadi Wolverine di game akan datang Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order.
Andrew Bowen (Johnny Cage)
Andrew Bowen sangat terkenal di siri Mortal Kombat, dengan menjadi suara untuk Johnny Cage, Rain dan Smoke di Mortal Kombat X. Malangnya, Rain dan Smoke tidak membuat kemunculan untuk Mortal Kombat 11, tetapi Bowen masih ada untuk menjayakan watak Cage.
Jonathan Cahill (Kabal)
Jonathan Cahill merupakan orang baru, dan peranannya sebagai Kabal menandakan kali pertama beliau terlibat dalam sebuah permainan video. Sebelum ini, Cahill berlakon di dalam beberapa filem pendek dan rancangan TV, termasuk Canvassing! dan Fiendish Things.
Sean Chiplock (Noob Saibot)
Sean Chiplock sedang mendirikan nama di dalam dunia lakonan suara permainan video, dan beliau terlibat di Ace Combat 7: Skies Unknown dan Wargroove. Kemuncak kerjaya permainan videonya mungkin untuk pelbagai watak yang beliau menyumbangkan suara di The Legend of Zelda: Breath of the Wild, termasuk The Great Deku Tree. Ini adalah kali pertama beliau muncul di dalam game Mortal Kombat.
Sara Cravens (Frost)
Kalau nak dibandingkan dengan pelakon lain dalam judul Mortal Kombat 11, Sara Cravens agak baru di dalam pekerjaan ini kerana bermula pada 2014. Tetapi sejak itu, beliau terlibat dengan macam-macam judul terkenal seperti Injustice 2, dan God of War, serta menyumbang suara kepada versi dub siri anime terkenal One Punch Man.
Megalyn Echikunwoke (Jacqui Briggs)
Megalyn Echikunwoke juga baru di dalam industri- dengan sumbangan untuk Lego DC Super-Villains dan Injustice 2. Selain itu, Echikunwoke juga berlakon di pelbagai rancangan TV seperti 24, That ’70s Show dan reboot 2011, 90210.
Richard Epcar (Raiden)
Richard Epcar telah menjadi suara Raiden sejak Mortal Kombat vs. Dc Universe pada 2008, dan Mortal Kombat 11 menandakan kali ke-5 beliau di dalam peranan tersebut. Sudah tentu, bukan ini sahaja hasilnya, kerana Epcar mempunyai lebih daripada 400 pencapaian pada namanya. Antara hasilnya ialah sebagai Joker di Injustice: Gods Among Us dan Injustice 2.
Kelly Hu (D’Vorah)
Kelly Hu terlibat di dalam dunia permainan video sejak 2004, dan menjadi suara kepada D’Vorah sejak pengenalannya di Mortal Kombat X. Peminat mungkin kenal Hu sebagai China White, karakter di rancangan Arrow.
Matthew Yang King (Liu Kang)
Seorang lagi pelakon suara yang sudah lama di industri, Matthew Yang King terlibat dengan pelbagai siri terkenal daripada World of Warcraft sehingga ke Fortnite. Walaubagaimanapun, ini kali pertama King memegang watak Liu Kang, lantas menjadikannya pelakon suara ke-4 bagi Liu Kang.
Phil LaMarr (Kotal Kahn)
Phil LaMarr paling terkenal sebagai pelakon MADtv dan Marvin daripada Pulp Fiction, tetapi resumenya telah berkembang jauh. Dengan lebih daripada 400 penglibatan, suara LaMarr boleh didengari di dalam game seperti Rage dan Mass Effect 2. Ini ialah kali kedua beliau menyumbang suara untuk Kotal Kahn.
Mela Lee (Jade)
Mela Lee mula bekerja di permainan video sejak 2007, dan masih membina resumenya. Kalau korang nak tahu, dialah suara dibelakang Lifeline daripada Apex Legends.
Erica Lindbeck (Cassie Cage)
Sejak permulaan 2018, Erica Lindbeck menyumbang suara kepada 20 permainan video, dengan karyanya sebagai Black Cat di PS4 eksklusif Spider-Man, menjadi antara kejayaan terhebatnya pada saat ini.
Sunil Malhotra (Kung Lao)
Peminat mungkin kenal Sunil Malhotra sebagai suara Prince Wu di The Legend of Korra, tetapi beliau pun ada pengalaman dalam permainan video juga. Walaupun peranannya sebagai Kung Lao di Mortal Kombat mungkin antara yang terbesar, pemain mungkin kenal suara Malhotra daripada game seperti Fallout: New Vegas dan Halo: Reach.
Mary Elizabeth McGlynn (Cetrion)
Mary Elizabeth McGlynn mempunyai lebih daripada 250 lakonan suara kepada namanya, dan juga merupakan seorang voice director terkenal. Suaranya mungkin terkenal sebagai Dr. Maheswaran daripada Steven universe, dan watak Mortal Kombat 11 ini merupakan penglibatan pertamanya di dalam siri.
Dave B. Mitchell (Geras)
Suara Dave B. Mitchell telah didengari di pelbagai game terhebat abad ini seperti God of War, PS4 Spiderman, dan baru-baru ini, Sekiro: Shadows Die Twice. Lakonan suaranya yang paling lama ialah durasi 52 episod siri Nickelodeon Peter Rabbit- sesuatu yang memang sangat jauh dan beza daripada Mortal Kombat yang seram ini.
Andrew Morgado (Kollector)
Kollector ialah watak baru di dalam Mortal Kombat 11, dan Andrew Morgado juga penambahan baru di dalam lakonan suara permainan video. Beliau pernah terlibat dengan Metro Exodus dan Sekiro: Shadows Die Twice, tetapi kebanyakkan karyanya datang daripada kerjanya di sound department sejak 2002.
Beata Pozniak (Skarlet)
Beata Pozniak mula berlakon sejak 1979, tetapi Mortal Kombat 11 ialah permainan video kedua beliau terlibat Kebanyakkan peminat mengenali Pozniak daripada lakonannya sebagai Dr. Katya Petrova di Melrose place dan debutnya di siri JFK.
Ronda Rousey (Sonya Blade)
Pada permulaan tahun, telah disahkan bahawa bekas pelawan MMA, dan buat masa ini superstar WWE, Ronda Rousey akan menjadi suara kepada Sonya Blade di Mortal Kombat 11. Ini bukan kali pertama Rousey terlibat di dalam sebuah permainan video, tetapi ini kali pertama beliau menjadi pelakon untuk watak yang bukan dirinya. Ini kerana beliau hanya memberi suara kepada versi digitalnya di pelbagai game UFC dan WWE.
William Christopher Stephens (Jax)
William Christopher Stephens ialah antara pelakon suara Mortal Kombat 11 yang mempunyai penglibatan paling sedikit di dalam permainan video, dengan hanya 34. Sebelum menjadi Jax, beliau menjadi Urkai di game Horizon Zero Dawn.
Cary-Hiroyuki Tagawa (Shang Tsung)
Cary-Hiroyuki Tagawa sekali lagi membawa watak Shang Tsung, watak DLC pertama Mortal Kombat 11. Sebelum ini, Tagawa telah menghidupkan Shang Tsung di dalam siri web Mortal Kombat: Legacy dan movie live action Mortal Kombat pada tahun 1995.
Kari Wahlgren (Kitana)
Kari Wahlgren merupakan pemenang BTVA Voice Actress of the Year Award pada 2018 dan mempunyai kerjaya yang sangat terkenal. Dengan lebih daripada 450 karya sebagai pelakon suara, suara Wahlgren boleh didengari di kebanyakkan siri terkenal, antaranya ialah sebagai Jessica di Rick and Morty.
Ron Yuan (Scorpion)
Ini ialah kali kedua Ron Yuan mengambil peranan sebagai Scorpion dengan kali pertama pada Mortal Kombat X: Generations, sebuah siri web pendek pada tahun 2015. Walaupun siri itu tidak begitu sukses, Yuan telah banyak menimba pengalaman daripada siri terkenal seperti Sons of Anarchy dan Marco Polo.
Sumber – IMDB.
@gamersantaimy
Discussion about this post