Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan bahawa studio permainan video dari Finland, iaitu Housemarque kini menjadi ahli keluarga baru PlayStation Studios. Sony menyatakan studio legenda yang ditubuhkan pada tahun 1995 ini adalah tambahan baru untuk pembangun first-party mereka. Pengumuman ini telah dibuat di laman blog PlayStation pada hari Selasa lepas.
Ketua PlayStation Studios, iaitu Hermen Hulst menyatakan dalam blog mereka bahawa beliau sangat teruja dengan ketibaan Housemarque sebagai keluarga baru PlayStation Studios. Beliau juga telah meminati studio tersebut sejak dari awal ia menghasilkan Super Stardust dan sangat seronok untuk bekerjasama secara kreatif bersama Housemarque. Hulst menyatakan walaupun studio itu telah menghasilkan game untuk pelbagai platform termasuk PC, iOS dan Xbox 360, tetapi sebahagian besar tajuk terbaru eksklusif seperti Returnal telah dihasilkan untuk platform Sony.
Thrilled to announce @Housemarque has officially joined PlayStation Studios! The extremely talented studio with a proven track record and best-in-class gameplay has a bright future and we couldn’t be more excited to be part of it! pic.twitter.com/B47YlfmgCs
— Hermen Hulst (@hermenhulst) June 29, 2021
Dalam satu kenyataan, pengasas bersama dan pengarah urusan Housemarque, iaitu Ilari Kuittinen telah menyambut baik untuk penyatuan kerjasama ini. Beliau menyatakan bahawa Sony telah memberi studio mereka masa depan yang jelas dan kestabilan untuk terus memberikan pendekatan lebih berpusat, sambil tetap bereksperiman dengan kaedah baru dalam menyampaikan naratif serta memajukan sempadan seni moden.
Selain itu, Kuittinen turut menyatakan penyatuan bersama PlayStation Studios akan membantu studionya untuk menghasilkan lebih banyak projek berprofil tinggi dan mengembangkan saiz kakitangan pasukan mereka. Ini membolehkan Housemarque untuk menghasilkan beberapa bug untuk Returnal. Buat masa ini, mereka belum mengumumkan apa-apa info mengenai projek akan datang bersama Sony.

Nampaknya PlayStation Studios telah bekerjasama dengan lebih banyak studio-studio hebat seperti Housemarque, Deviation dan Haven. Para pemain konsol Sony boleh la menantikan lebih banyak tajuk game gempak serta eksklusif tiba mungkin pada tahun depan. Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai PlayStation, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post