Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio Ejen Ali minta peminat berhenti membuat karya seni berunsur lucah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Studio Ejen Ali minta peminat berhenti membuat karya seni berunsur lucah
Share on FacebookShare on Twitter

Ejen Ali dianggap sebagai salah satu animasi terbaik di Malaysia dan sehingga hari ini kekal popular di kalangan penonton. Bakal datang ke platform Disney+ pada tahun depan, musim ke-3 sedang menerima banyak perhatian tetapi malangnya, studio yang mengusahakan siri Ejen Ali telah minta supaya peminat berhenti membuat karya seni berunsur lucah tentang wataknya.

Image

Secara lebih khusus lagi, Twitter rasmi Ejen telah memuat naik sebuah mesej pada 22 November untuk pesan peminat agar “menghormati semua watak dan membuat karya yang lebih sesuai”. Seperti yang awak semua tahu, Ejen Ali adalah animasi yang ditujukan untuk kanak-kanak dan melibatkan watak-watak yang masih di bangku sekolah. Saya sendiri agak terkejut bila dengar ada beberapa orang telah buat “fan art eksplisit.”

Berikut adalah terjemahan kepada mesej di bawah:

A reminder to fellow Ejens from MATA HQ:

Let's keep the fandom as a safe place for everyone.
🤜🏻💥🤛🏻 pic.twitter.com/6nqzBgyKI6

— Ejen Ali 🇲🇾🇵🇸 (@ejen_ali) November 22, 2021

Baru-baru ini, kami telah menerima beberapa aduan berkenaan fan art yang teramat eksplisit dalam komuniti. Kami telah menghubungi dan menangani individu-individu ini.

Kami mengalu-alukan semua fanart, kisah fiksyen, teori & spekulasi. Fandom adalah tempat yang menarik untuk terokai dan kami suka memberi anda kebebasan untuk bermain di universe Ejen Ali. Bagaimanapun, kami meminta peminat untuk menghormati watak dan cipta seni yang memberi inspirasi dan sesuai untuk semua orang dalam fandom.

Andai kata masih ada orang yang membuat kandungan lucah atau eksplisit, saya tidak tahu bagaimana pihak produksi Ejen Ali akan menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat. Lagipun, sesetengah individu degil mungkin akan abaikan mesej ini dan teruskan kongsi karya yang tidak patut.

Memandangkan internet pun sangat luas, terdapat pelbagai tempat dan platform untuk berkongsi jenis kandungan yang berunsur “18+”. Yang penting, anda perlu laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika dapat kesan perkara-perkara ini. Semoga komuniti animasi Malaysia kekal selamat.

Apakah pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan pendapat di ruang komen nanti.

Sumber – MyGameOn

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiEjen AliMalaysia
Previous Post

Jualan Black Friday Gamers Hideout – Boleh dapat game PS5 RM 100!

Next Post

Myburgerlab minta maaf atas kesulitan tempahan Dine-in Hoyo Fest

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Myburgerlab minta maaf atas kesulitan tempahan Dine-in Hoyo Fest

Myburgerlab minta maaf atas kesulitan tempahan Dine-in Hoyo Fest

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd