Pencipta GIF, Stephen Wilhite telah meninggal dunia akibat COVID-19. Beliau meninggal pada minggu lepas dan baru disahkan pada hari ini. Menurut isterinya Kathaleen, dia mengatakan yang beliau dikelilingi oleh keluarganya sewaktu meninggal.
Wilhite menemui GIF semasa bekerja di CompuServe pada 1980-an dan bersara pada awal 2000-an akibat strok.
GIF pada awalnya dicipta untuk menghantar grafik yang bermutu dan beresolusi tinggi dengan warna pada kelajuan internet yang agak lambat. Pada waktu itu, beliau mencipta GIF di rumah dan bawa ke tempat kerja selepas selesai menyempurnakannya. Namun format ini telah digantikan dengan format yang menawarkan kualiti yang lebih tinggi iaitu JPEG.

Walaupun terdapat pendebatan yang lama mengenai cara sebutan GIF dengan betul, beliau masih tetap dengan pendiriannya bahawa cara sebutan yang betul untuk format imej ini adalah “jif”. Beliau menggunakan GIF berbentuk animasi untuk memberikan ucapan semasa menerima Anugerah dari Webby Lifetime Achievement. Menurut Kathaleen, selepas 25 tahun GIF dihasilkan, akhirnya beliau dapat dihargai dengan pencapaiannya.
GIF ini kembali popular kerana membolehkan animasi dimainkan dalam format yang kecil pada tahun 2000an. Sekarang ramai pengguna yang menggunakannya untuk menghantar reaksi, mesej dan gurauan.
Sedikit pengenalan tentang GIF menurut Wikipedia.
Format Saling Tukar Grafik (Graphic Interchange Format, disingkatkan kepada GIF), adalah sebuah peta bit format imej yang dibangunkan oleh pasukan pembekal perkhidmatan papan buletin (BBS) CompuServe pimpinan Steve Wilhite pada 15 Jun 1987.
Format ini menyokong sehingga 8 bit per pixel untuk setiap gambar, membenarkan satu gambar untuk rujukan sendiri palet sehingga 256 berbeza warna yang dipilih dari 24-sedikit ruang warna RGB. Ia juga menyokong animasi dan membolehkan palet warna yang berasingan sehingga 256 warna untuk setiap gambar. Ini palet batasan menjadikan format GIF kurang sesuai untuk menghasilkan gambar berwarna dan imej warna “gradient” lain, namun ia sesuai untuk imej yang lebih mudah seperti grafik atau logo berwarna padu.
Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan kesayangan Stephen Wilhite.
@gamersantaimy
Discussion about this post