Sony Interactive Entertainment dan pembangun SHIFT UP telah mengumumkan bahawa Stellar Blade akan dilancarkan di PC melalui Steam pada Jun 2025. Bersama dengan versi PC, DLC kolaborasi baharu dengan Goddess of Victory: Nikke turut akan tersedia untuk versi PlayStation 5 dan PC.
Setelah pertama kali dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5 pada 26 April 2024, Stellar Blade kini bersedia untuk menjangkau lebih ramai pemain menerusi kemunculannya di PC.
Langkah ini menandakan pengembangan besar bagi game aksi sci-fi ini, membolehkan lebih ramai pemain menikmati pengalaman gameplay-nya yang unik dan menarik.

Kolaborasi dengan Goddess of Victory: Nikke pula akan memperkenalkan pelbagai kandungan menarik ke dalam Stellar Blade. Pemain boleh menantikan “boss battle” baharu bertemakan Nikke, anak patung koleksi, kostum eksklusif, serta pelekat yang menambahkan elemen estetik dalam game.
Dibuat oleh pencipta yang sama (SHIFT UP), crossover ini bertujuan untuk menggabungkan elemen daripada dunia Nikke ke dalam Stellar Blade, memberikan dimensi baru kepada pengalaman permainan.

Versi PC dan DLC Goddess of Victory: Nikke akan dilancarkan serentak pada Jun 2025. Walaupun butiran lanjut mengenai DLC dan kandungan tambahan tidak diberitahu, kami akan didedahkan dengan lebih banyak maklumat apabila lebih dekat dengan tarikh pelancaran.
@gamersantaimy
Discussion about this post