Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stellar Blade Akan Lancar Tanpa Sebarang Censored Di Semua Negara!

Maira by Maira
April 22, 2024
in Artikel, Berita, Game, PS5
0 0
0
Stellar Blade Akan Lancar Tanpa Sebarang Censored Di Semua Negara!
Share on FacebookShare on Twitter

Stellar Blade, game eksklusif baharu PS5 bakal menemui pemain tidak lama lagi. Walaupun diselubungi oleh beberapa kontroversi, game tersebut merupakan yang paling dinanti-nantikan malah paling banyak ditempah oleh ramai pemain PlayStation. Yang menariknya, pembangun telah mengumumkan bahawa Stellar Blade tidak akan menerima sebarang tapisan atau “censored” apabila dilancarkan di semua negara.

「Stellar Blade」 offers the same uncensored version in all countries, including the Japanese version.
ステラブレードは、日本版を含むすべての国で検閲されていない同じバージョンを提供しています。#StellarBlade #PS5 #Uncensored pic.twitter.com/dJojSgZH9y

— StellarBlade (@StellarBlade) April 21, 2024

Melihat pengumuman tersebut, sudah tentu menerima pelbagai reaksi daripada ramai gamer. Kebanyakan reaksi tersebut sangat positif malah membuatkan mereka lebih tidak sabar untuk mainkannya pada 26 April ini.

Stellar Blade
Sumber: Shift Up

Pada minggu lalu, kita juga digemparkan dengan komen pencipta siri Nier, Yoko Taro, yang mengatakan bahawa game Stellar Blade lebih baik berbanding gamenya, NieR: Automata. Lebih menarik sekali, game tersebut merupakan inspirasi kepada Stellar Blade. Jadi tidak begitu pelik jika Yoko Taro sendiri “approved” game tersebut.

Stellar Blade
Sumber: Shift Up

Tentang Stellar Blade

Game ini mengikuti perjalanan protagonis, Eve, seorang pahlawan yang datang dari Koloni luar dunia untuk mengalahkan Naytibas, musuh manusia yang tiba-tiba muncul di Bumi. Naytibas nampaknya menyerang atas kehendak entiti yang lebih tinggi yang terdiri daripada Alpha dan Elder, tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu tentang asal usul mereka.

Eve mendapati dirinya dalam dunia yang musnah di mana dia bertemu dengan Adam, seseorang yang masih hidup yang ditinggalkan di Bumi, dan Lily, seorang ahli skuad udara sebelumnya. Bersama-sama mereka bergabung dalam pertempuran melawan Naytibas. Di sepanjang jalan, Eve bekerjasama dengan mereka yang masih hidup, yang berkumpul di bandar manusia terakhir, Xion.

Sumber: Shift Up

Buat anda yang masih belum pra-tempah game ini, anda boleh cuba dahulu demo game yang sudah tersedia. Jika ia menarik perhatian anda, bolehlah dapatkannya melalui PS Store. Terdapat juga acara khas pelancaran yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Anime Fest+. Anda boleh mendapatkan peluang untuk sertai acara meet and greet Le Josette yang akan cosplay sebagai EVE, protagonis game. Anda boleh dapatkan info lanjut di sini.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Shift UpStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes (PC) — Membawa Vibe JRPG Klasik Yang Baik, Beberapa Aspek Boleh Diperbaiki

Next Post

Infinix Bawa Acara XFans Road Tour 2024 Di Semenanjung Malaysia! Berlangsung Pada April & Jun Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Infinix Bawa Acara XFans Road Tour 2024 Di Semenanjung Malaysia! Berlangsung Pada April & Jun Ini!

Infinix Bawa Acara XFans Road Tour 2024 Di Semenanjung Malaysia! Berlangsung Pada April & Jun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd