SteamWorld Quest akan mendapat keluaran PC di Steam tidak lama lagi pada bulan Mei ini.
Game terbaru di dalam siri Steam World daripada developer Image & Form akan keluar di Steam pada 31 Mei, hanya lima minggu selepas pelancaran eksklusifnya di Nintendo Switch pada 25 April!
Keluaran PC menyokong Windows, macOS, dan Linux, jadi keseluruhan pengguna Steam akan diambil kira dan boleh bermain game ini.
Tiada pelantar tambahan yang diumumkan selain itu, tetapi bekas-bekas game SteamWorld dimainkan pada console PlayStation. Ini mungkin bermaksud pelancaran PC akan membuka ruang kepada keluaran yang lebih luas pada masa akan datang.
Terlampau ramai yang memuji game card-based RPG ini, dengan keutamaan diberi kepada jumlah pilihan dan fleksibiliti yang sistem game ini beri. Kerana itu, ini ialah antara game Nintendo Switch terbaik untuk bermain sekarang, dan adaptasi PCnya pasti sama hebat saja.
Sumber – IGN.SEA
@gamersantaimy
Discussion about this post