Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Ubah Polisi, Tidak Akan Beri Refund Untuk Game Yang Dimainkan Selama 2 Jam Sebelum Pelancaran

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2024
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Steam Ubah Polisi, Tidak Akan Beri Refund Untuk Game Yang Dimainkan Selama 2 Jam Sebelum Pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, Steam telah mengumumkan perubahan pada polisi refund, di mana mereka kini akan berhenti memberi refund (bayaran balik) untuk game yang telah dimainkan selama 2 jam sebelum pelancaran.

Kredit: Valve

Seperti yang diumumkan oleh Valve, polisi refund di Steam telah dikemas kini. Game yang dimainkan semasa Early Access atau Advanced Access kini turut dikira dalam had refund selama 2 jam.

Berikut ialah pernyataan bagi polisi baharu:

PEMBAYARAN BALIK ATAS JUDUL YANG DIBELI SEBELUM TARIKH PELANCARAN

Apabila anda membeli judul di Steam sebelum tarikh pelancaran, had masa bermain selama dua jam untuk bayaran balik akan dikenakan (kecuali untuk ujian beta), tetapi tempoh 14 hari untuk bayaran balik tidak akan bermula sehingga tarikh keluaran. Contohnya, jika anda membeli game yang berada dalam Early Access atau Advanced Access, sebarang masa main akan dikira dengan had bayaran balik dua jam. Jika anda pra-beli judul yang tidak boleh dimainkan sebelum tarikh keluaran, anda boleh meminta bayaran balik pada bila-bila masa sebelum keluaran judul itu, dan tempoh bayaran balik standard 14 hari/dua jam akan dikenakan bermula pada tarikh keluaran game.

Kredit: Valve

Lapan tahun lalu, Valve mula menawarkan refund “tanpa sebab” kepada pemain untuk sebarang game yang mereka beli di Steam. Selagi pemain meminta refund dalam tempoh 14 hari selepas pembelian dan tidak bermain lebih daripada dua jam untuk game, mereka boleh meminta bayaran balik tanpa sebarang soalan.

Dengan pengenalan ‘Early Access’ dan ‘Advanced Access’ untuk game, bagaimanapun, pemain telah menemui “loophole” yang boleh dieksploitasi, iaitu mereka boleh bermain game itu selama yang mereka mahu sebelum dilancarkan dan masih mendapat bayaran balik selepas itu.

Kini, Steam telah membetulkan eksploitasi tersebut untuk mengelakkan ahli Steam daripada menyalahgunakan sistem bayaran balik di platform. Oleh itu, pemain kini perlu memberi perhatian kepada tempoh bermain walaupun untuk game yang berada dalam early access.

Baca segala berita kami tentang Steam di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: refundsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2024 Membawa Pelbagai Aktiviti AGC Di Tropicana Gardens Mall, Bermula 26 April 2024

Next Post

Tips Pemula Untuk Stellar Blade – Panduan Sebelum Main

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tips Pemula Untuk Stellar Blade – Panduan Sebelum Main

Tips Pemula Untuk Stellar Blade - Panduan Sebelum Main

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd