Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!

Maira by Maira
June 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, Promosi, Steam
0 0
0
Steam Summer Sale 2022 kembali pada 24 Jun ini! God of War, Ghostwire: Tokyo juga ada diskaun!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai ternanti-nantikan sale terbaru daripada Steam, lagi-lagi sudah banyak game menarik yang dikeluarkan pada tahun ini. Mesti ada antara anda juga ingin kosongkan wishlist betul tak? Berita baiknya Steam Summer Sale 2022 akan berlangsung tidak lama lagi. Siap ada trailer rasmi yang ditayangkan. Jika ikut pada kalendar, Steam Summer Sale akan berlangsung pada 24 Jun 2022!

Jika dilihat daripada trailer tersebut nampaknya terdapat beberapa game menarik yang anda akhirnya boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. Mari kami syorkan beberapa game menarik untuk anda dapatkan.

God of War yang selama ini tidak mempunyai sebarang diskaun, nampaknya akan hadir dalam Steam Summer Sale dengan harga yang lebih rendah berbanding biasa. Ini ialah peluang terbaik untuk anda membelinya!

Ghostwire: Tokyo baru sahaja dilancarkan pada Mac yang lalu, menampilkan gameplay di mana pemain akan memburu serta membunuh yokai yang menghantui bandar Tokyo. Anda boleh membaca review kami mengenainya melalui pautan ini.

Memang tidak pelik jika Monster Hunter Rise tiba dengan harga diskaun. Mana tidaknya, pengembangan terbarunya, Sunbreak akan lancar pada 30 Jun ini. Inilah masa sesuai untuk anda memilikinya, alang-alang boleh selesaikan segala kandungan yang ada sebelum bermain Sunbreak.

V Rising, game yang sedang hangat di Steam juga dipaparkan dalam trailer Steam Summer Sale. Anda sebagai Vampire Lord sedang berusaha untuk memastikan puak anda tidak pupus. Jadilah pemangsa ganas yang menghisap darah untuk kekal hidup dan bangunkan empayar vampire anda sendiri!

Berikut adalah game-game lain yang anda boleh dapatkan semasa jualan Steam nanti:

  • The Elder Scrolls Online
  • Cyberpunk 2077
  • Sims 4
  • Sid Meier’s Civilization VI
  • Apex Legends
  • Rust
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Raft
  • Dead by Daylight
  • Destiny 2
  • Core Keeper
  • ARK: Survival Evolved
  • Forza Horizon 5
  • FIFA 22
  • Dying Light 2
  • WWE 2K22
  • Red Dead Redemption 2
  • Black Desert
  • Grand Theft Auto V
  • It Takes Two
  • Sea of Thieves
  • Cities: Skylines
  • Risk of Rain 2
  • Total War: WARHAMMER III
  • Phasmophobia
  • NARAKA: BLADEPOINT
  • LEGO Star Wars: The Skywalker Saga

Harga untuk setiap game masih belum didedahkan, jadi tunggu sahaja apabila jualan tersebut bermula pada 24 Jun ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai promosi daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Steam Summer Sale 2022
Previous Post

Diablo Immortal ditangguhkan ke 8 Julai untuk keluaran Asia Tenggara termasuk Malaysia!

Next Post

Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!

Record of Ragnarok musim 2 akan tayang pada 2023 di Netflix, Visual baru telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd