Walaupun ramai yang bimbang peranti ini ditunda, nampaknya Valve sudah menetapkan tarikh keluaran Steam Deck yang akhirnya akan dilancarkan pada 25 Februari 2022. Bagi pembeli bertuah, korang tidak perlu tunggu lama lagi dan akan dapat merasa “konsol hibrid” dalam tempoh masa lebih kurang sebulan.
Mulai 25 Februari, sesiapa yang menempah konsol ini akan mula menerima e-mel untuk membeli Steam Deck sendiri. Korang kemudian mempunyai tiga hari untuk membuat pesanan rasmi. Jika tidak, giliran korang akan diberi kepada orang seterusnya dalam giliran. Jika semua selesai, pesanan pertama sepatutnya akan dihantar bermula 28 Februari.
Valve berkata mereka akan cuba untuk menghantar e-mel pesanan sekali seminggu, untuk mengawal ketat isu stok terhad berikutan dilema hardware yang sedang berlaku. industri.

Supaya korang tidak perlu penat-penat refresh e-mel setiap hari, pesanan ditetapkan akan dihantar pada jam 6 petang GMT. Jika korang tidak bernasib baik dan tidak dimasukkan ke dalam batch pesanan pertama, nampaknya korang perlu menunggu sehingga 4 Mac untuk mencuba sekali lagi.
Saya tidak tahu jika kaedah ini akan mengurangkan jumlah scalper tetapi secara teori, ia nampak lebih lancar dan adil berbanding Xbox dan PlayStation. Untuk mendapatkan konsol PS5 atau Xbox Series, ia umpama sebuah perlumbaan di mana “yang paling cepat, akan dapat”. Bersama isu scalper, mereka membeli selonggok konsol next-gen ini dan menjualnya pada nilai harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Mereka yang berminat dan mempunyai duit lebih pasti sanggup beli, tapi bagaimana dengan yang lain?

Sekali lagi saya ingatkan, Steam Deck akan mula tersedia pada 25 Februari 2022 manakala unit akan mula dihantar ke rumah pembeli pada 28 Februari. Jika korang tempah awal, nama anda mungkin berada di dalam batch pertama. Untuk melihat segala game yang disokong oleh Steam Deck, sila tekan pautan ini.
Sumber – Valve
@gamersantaimy
Discussion about this post