Nampaknya Steam ingin memberikan game percuma lagi untuk anda semua. Bukan selalu kita boleh dapatkan peluang sebegini kan? Tetapi sudah tentu game percuma Steam ini hanya tersedia untuk masa terhad sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk tuntutnya melalui Steam. Game percuma yang diberikan percuma itu ialah ARK: Survival Evolved dan Ninja Stealth. Jom kami perkenalkan secara ringkas mengenai kedua-dua game ini.
ARK: Survival Evolved

ARK: Survival Evolved merupakan game action-adventure survival yang dibangunkan oleh Studio Wildcard pada tahun 2017. Apabila berkata tentang “survival”, sudah tentu pemain perlu berusaha untuk teruskan hidup apabila terdampar di sebuah tempat bernama ARK, yang penuh dengan dinosaur, raksasa fantasi serta haiwan pra-sejarah lain. Terdapat juga haiwan lain yang mungkin memudaratkan pemain, jadi berhati-hati semasa meneroka.
Game ini tersedia bermula hari ini sehinggalah 20 Jun 2022 jam 1 am. Anda boleh terus lawat halaman Steam melalui pautan ini ataupun pergi ke aplikasi Steam untuk menuntutnya.
Ninja Stealth

Sebagai seorang Ninja sudah tentu anda perlu pandai menyembunyikan diri dan misi terbaru yang anda dapat sangatlah mudah: Melepaskan diri daripada fasiliti yang cuba untuk menakluki dunia, Polo Jocos yang telah ditubuhkan oleh orang yang paling teruk anda akan jumpa, Mr Tinger.
Dia sedang membangunkan satu bahan kimia yang boleh memberikan kesan dahsyat kepada manusia dan merancang untuk menggunakannya untuk dijual ke pasaran gelap dan mengembangkan lagi empayar bisnesnya. Anda sebagai hero akan menyelinap masuk ke fasiliti itu untuk mendapatkan bahan kimia tersebut dan hentikan segala rancangan jahat Mr. Tinger dan empayarnya.
Ninja Stealth hanya tersedia sehingga 13 Jun 2022, jam 7pm. Anda boleh menggunakan pautan ini atau aplikasi untuk menuntutnya.
Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai game percuma daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post