Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Starfield dedahkan gameplay lebih bebas, Bakal dilancarkan pada 6 September 2023!

safwan by safwan
June 12, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PC, RPG, Steam, Xbox, Xbox Series X|S
0 0
0
Starfield dedahkan gameplay lebih bebas, Bakal dilancarkan pada 6 September 2023!

Kredit: Bethesda Game Studio

Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Xbox Game Showcase dan Starfield Direct, Bethesda Game Studio akhirnya mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Starfield yang akan dilancarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Game ini juga akan dilancarkan di dalam Xbox Game Pass pada hari pertama.

Mereka juga telah mengumumkan beberapa edisi yang akan dijual untuk Starfield. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat.

Melalui acara Starfield Direct, mereka mendedahkan yang anda boleh mengembara pelbagai planet secara bebas. Bukan sahaja planet, tetapi galaksi yang sangat luas mereka sediakan untuk anda mengembara. Semuanya di tangan anda sendiri tanpa terikat dengan misi. Sementara anda mengembara, anda juga boleh mencari dan kumpul beberapa sumber yang diperlukan bagi digunakan nanti.

Kredit: Bethesda Game Studio

Anda akan mengembara dengan menggunakan kapal di mana ia adalah rumah untuk anda dan krew anda. Tanpa kapal ini, anda tidak akan ke mana-mana. Kapal ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa anda. Anda boleh mengubahsuai kapal ini secara bebas. Anda boleh buat seperti rupa bentuk haiwan atau menjadi watak LEGO. Daripada kepala sehingga ekor, anda boleh ubah suainya.

Jangan lupa untuk mengupak krew kapal untuk memastikan kapal anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Kapal ini bukan sahaja kenderaan untuk mengembara tetapi kapal ini juga boleh membantu anda mengalahkan kapal-kapal yang lain di angkasa nanti.

Kredit: Bethesda Game Studio

Selain itu, mereka juga telah mendedahkan sedikit mengenai “gunplay” yang sangat menarik. Bunyi macam menarik apabila anda boleh mengembara ke planet-planet yang berlainan, tetapi anda perlu ingat yang graviti di setiap planet juga berlainan. Disebabkan itu, anda akan dilengkapi dengan jetpack untuk membantu anda menyelesai misi. Anda juga boleh menggunakan pelbagai jenis senjata, daripada pistol sehingga machine gun.

Senjata-senjata ini juga boleh di-upgrade dan diubah suai.

Kredit: Bethesda Game Studio

Watak yang anda mainkan juga boleh diubah suai. Mereka telah menyediakan pelbagai pilihan untuk anda gunakan. Daripada jenis bentuk badan sehingga ke setiap helaian bulu di muka. Memang sangat terperinci pengubahsuaian yang disediakan. Bukan setakat itu sahaja, anda juga diberi pilihan untuk menetapkan latar belakang bagi menyesuaikan dengan playstyle yang akan dimainkan nanti.

Anda juga akan dilengkapi dengan level. Setiap kali anda naik level, anda akan diberikan satu mata untuk anda membuka skill baharu. Namun, untuk “rank-up” skill, anda perlu melakukan misi yang ditetapkan. Semakin tinggi rank, semakin susah misi yang perlu dilakukan. Terdapat 5 skill tree iaitu terdiri daripada Physical, Social, Combat, Science dan Tech.

Kredit: Bethesda Game Studio

Semasa anda melakukan misi, terdapat beberapa “companion” yang akan mengikut anda. Mereka akan dilengkapi dengan skill yang berbeza dan akan membantu anda semasa mengembara. Anda juga boleh mencari dan upah mereka untuk menemani anda semasa mengembara. Apapun, pilihan di tangan anda dan buatlah pilihan yang bijak .

Outpost adalah sebuah kawasan yang anda akan bina dan tinggal di setiap planet. Di sini, anda boleh mengumpul pelbagai sumber untuk digunakan. Jadi, gunakan masa dengan secukupnya.

Pelbagai lagi ciri-ciri penting yang mereka dedahkan di dalam acara Starfield Direct, anda boleh lihat secara terperinci di video yang saya sertakan di bawah:

Mereka juga telah membuka pra-tempah bagi 3 edisi yang ditawarkan. Jom kita tengok apa yang mereka tawarkan pada setiap edisi.

Kredit: Bethesda Game Studio
  • Constellation Edition
    • Starfield game
    • Cerita Expansion Shattered Space
    • Akses Awal sehingga 5 hari
    • Kotak bersama jam Starfield Chronomark
    • Bekas SteelBook
    • Constellation Skin Pack: Equinox Laser Rifle, Spacesuit, Helmet and Boost Pack
    • Akses kepada Starfield digital artbook and original soundtrack
    • Constellation patch
    • Credit Stick bersama laser-etched game code
Kredit: Bethesda Game Studio
  • Premium Edition 
    • Starfield base game
    • Cerita Expansion Shattered Space
    • Akses Awal sehingga 5 hari
    • Constellation Skin Pack: Equinox Laser Rifle, Spacesuit, Helmet and Boost Pack
    • Akses kepada Starfield digital artbook and original soundtrack
Kredit: Bethesda Game Studio
  • Pre-Order Bonuses
    • Pelanggan Game Pass yang aktif dan membuat pre-order, anda akan mendapat “Old Mars Skin Pack” dan bonus item in-game seperti berikut:
      • Laser Cutter
      • Deep Mining Helmet
      • Deep Mining Pack

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Starfield akan dilancarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X| dan PC melalui Steam. Game ini juga akan dilancarkan pada hari pertama di dalam Xbox Game Pass.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bethesda Game StudioStarfield
ShareTweetSend
Previous Post

Metaphor: ReFantazio — Game Terbaharu daripada Pencipta Persona akan Hadir ke PS, Xbox & PC pada 2024! [UPDATE]

Next Post

Episod Akhir Demon Slayer: Swordsmith Village Arc Akan Ditayangkan Selama 70 Minit!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Episod Akhir Demon Slayer: Swordsmith Village Arc Akan Ditayangkan Selama 70 Minit!

Episod Akhir Demon Slayer: Swordsmith Village Arc Akan Ditayangkan Selama 70 Minit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd