Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Remastered
0 0
0
Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered diumumkan untuk Nintendo Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada acara Nintendo Direct hari ini, Star Wars: Knights of the Old Republic versi Remastered sah akan keluar di platform Nintendo Switch. Port ini berbeza dengan versi “remake” yang sedang diusahakan oleh Aspyr Media untuk PlayStation 5 dan PC pada masa akan datang. Untuk game itu, korang boleh baca di sini. Kembali pada topik asal, Aspyr Media akan melancarkan Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered untuk Switch melalui Nintendo eShop pada 11 November. Bagi mereka yang berminat, pra-pesanan tersedia sekarang.

Berikut adalah gambaran keseluruhan:

4000 tahun sebelum Galactic Empire, beratus-ratus Jedi Knight telah tumbang dalam peperangan melawan para Sith yang kejam, dan anda adalah harapan terakhir dari Jedi Order. Bolehkah anda menguasai “the Force” dan menyelamatkan Republic? Atau adakah anda akan jatuh ke “Dark Side”? Wira atau penjahat, penyelamat atau penakluk … anda sendiri akan menentukan nasib seluruh galaksi!

Ciri-ciri utama

  • Mengembara melalui dunia klasik Star Wars pada era sebelum kebangkitan Empire, yang dipenuhi dengan watak, makhluk, kenderaan dan planet yang unik.
  • Alami RPG mendalam dengan watak yang boleh diubah suai dan pilihan yang mempengaruhi pengalaman, cerita dan pasukan anda.
  • Memanfaatkan kekuatan “the Force” dengan lebih daripada 40 abiliti berbeza dan gunakan lightsaber sendiri.
  • Teroka lapan dunia Star Wars yang besar dan ikonik, termasuk Tatooine dan Kashyyyk, dan di kapal angkasa anda sendiri, Ebon Hawk.
  • Pilih parti sendiri dan bina ikatan kekal dengan sembilan ahli kru yang unik, termasuk Twi’leks, Droid dan Wookiee.

Buat masa ini, Aspyr hanya mendedahkan bahawa Star Wars: Knights of the Old Republic Remastered akan datang ke Switch, tanpa menyebut tentang platform lain. Tetapi jangan risau. Ada kemungkinan besar game ini juga dapat keluar di konsol PlayStation dan Xbox. Kita hanya mampu tunggu dan lihat saja buat masa ini.

RelatedPosts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

Untuk segala liputan kami tentang Star Wars termasuk anime terkini mereka, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Aspyr MediaNintendo directnintendo switchStar Wars: Knights of the Old Remastered
Previous Post

Tales of Luminaria dedahkan trailer baru bersama watak dan gameplay!

Next Post

Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
Next Post
Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!

Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd