Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Squid Game Season 2: Senarai watak yang kembali & baru muncul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Squid Game Season 2: Senarai watak yang kembali & baru muncul!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dikeluarkan pada tahun 2021 melalui Netflix, Squid Game menjadi salah satu siri rancangan Korea/antarabangsa paling popular di seluruh dunia dengan naratifnya yang unik tentang permainan kanak-kanak maut dan barisan watak yang menarik. Oleh itu, tidak hairanlah Squid Game Season 2 dalam pembikinan. Kini, Netflix telah mendedahkan (secara rasmi) senarai watak yang bakal kembali ke siri bersama beberapa “watak baharu”.

Anda boleh menonton dahulu trailer di bawah:

Watak yang kembali daripada Season 1 termasuk watak utama Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) – satu-satunya peserta yang terselamat daripada kejadian S1; Front Man (Lee Byung-hun), lelaki bertopeng misteri dan ketua di sebalik permainan maut tersebut; dan Hwang Jun-ho (Wi Ha-jun), seorang detektif yang menyelinap ke dalam permainan untuk mencari abangnya.

Di penghujung video, Netflix mengesahkan satu lagi watak yang mengejutkan: Gong Yoo (Train to Busan, Guardian: The Lonely and Great God, The Silent Sea) akan kembali sebagai lelaki misteri yang menjemput Gi-hun untuk bermain permainan maut ini.

Jadi siapakah watak baharu?

Seperti yang ditunjukkan dalam video, akan ada empat pelakon baharu iaitu:

Kredit: Netflix

Yim Si-wan: Merupakan ahli kepada kumpulan idol ZE:A dan sub-unit nya, ZE:A Five. Sebagai pelakon, dia terkenal kerana membintangi filem The Attorney (2013), dan siri Misaeng: Incomplete Life (2014). Anda boleh menonton karyanya yang terkini, Unlocked di Netflix.

Kredit: Netflix

Kang Ha-neul: Merupakan seorang pelakon Korea Selatan. Dia terkenal dalam drama The Heirs (2013), Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), dan When the Camellia Blooms (2019); serta filem Twenty (2015), Dongju: The Portrait of a Poet (2016), Midnight Runners (2017), dan The Pirates: The Last Royal Treasure (2022).

Kredit: Netflix

Park Sung-hoon: Juga adalah seorang pelakon terkenal dari Korea Selatan. Dia terkenal dalam siri drama Six Flying Dragons (2015), Black Knight: The Man Who Guards Me, (2017), My Only One (2018), Memorials (2020), dan The Glory (2022).

Kredit: Netflix

Yang Dong-geun: Turut dikenali dengan nama singkatan YDG, dia ialah seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, produser lagu dan penari breakdance. Mula berlakon pada 1987, YGD mula menjadi terkenal setelah memenangi Best Young Actor untuk peranannya dalam filem Hyung. Sebagai veteren dalam industri, anda boleh melihat karya terkininya, Yaksha: Ruthless Operation (2022), di Netflix.

Buat masa ini, kita tidak tahu peranan apa yang mereka akan pegang dan apa kaitan masing-masing pada jalan cerita. Jadi peminat hanya mampu menunggu berita seterusnya daripada Netflix untuk mengetahui lebih lanjut tentang watak mereka.

Apa yang akan jadi dalam Squid Game Season 2?

Kredit: Netflix

456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan misteri yang terdiri daripada permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa untuk bersaing demi mendapatkan hadiah ₩45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.

Dengan anak perempuan dan ibunya sebagai motivasi, watak utama Seong Gi-hun memilih untuk mengambil bahagian dalam permainan di mana dia bertemu rakan lama dan baharu. Tanpa mendedahkan terlalu banyak tentang jalan cerita, Gi-hun berjaya keluar dari permainan hidup-hidup; bagaimanapun, dia nekad untuk mencari orang-orang jahat yang mencipta permainan kejam ini dan membalas dendam.

Maka, itulah naratif untuk bab seterusnya.


Malangnya, Netflix masih belum mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Squid Game Season 2. Baca segala berita kami tentang Squid Game di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixSquid GameSquid Game Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Revengers Akan Hadir Dengan Game Terbaharu pada Hujung Tahun 2023 di PS, Switch, PC & Mobile!

Next Post

Black Clover 362 – Upacara Black Bull terganggu, Asta masih sangkut di Land of the Sun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Black Clover 362 – Upacara Black Bull terganggu, Asta masih sangkut di Land of the Sun!

Black Clover 362 - Upacara Black Bull terganggu, Asta masih sangkut di Land of the Sun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd