Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix melanggar undang-undang sistem gacha Jepun di game mobile Final Fantasy mereka

Hanya pemain War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius dari Jepun sahaja yang terkesan!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 30, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Gatcha, Genre, iOS, Mobile, Platform, Real time strategy
0 0
0
Square Enix melanggar undang-undang sistem gacha Jepun di game mobile Final Fantasy mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Square Enix telah mengeluarkan notis permohonan maaf yang mengejutkan para pemain War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius. Notis permohonan maaf itu mengenai pelanggaran undang-undang mereka terhadap peraturan loteri jepun, iaitu memberikan sistem gacha yang tidak adil dalam game mobile mereka. Syarikat ini telah memberi ganti rugi kepada para pemain yang terjejas di negara Jepun menggunakan mata wang in-game.

Menurut laman portal SiliconEra, Square Enix telah disiasat oleh Agensi Hal Ehwal Pengguna Jepun, dan didapati melanggar undang-undang melalui game War of The Visions mereka yang berlangsung sehingga November 2020 lalu. Banner in-game tersebut menyatakan pemain UR Unit dan Ur Vision Card akan menerima beberapa skrol, tetapi secara praktikalnya kebanyakkan kemungkinan kombinasi hadiah tidak pernah ditawarkan. Para pemain dari Jepun yang terjejas telah diberikan ganti rugi sebanyak 2,000 Visiore, iaitu mata wang in-game untuk membeli unit, mengisi semula NRG dan membeli peralatan di Shop. Mata wang itu juga dapat diperoleh secara percuma melalui bonus log masuk dan dari ganjaran misi, tetapi anggaran harga pek berbayar adalah sekitar $0.99 sehingga $40 (anggaran RM4.11 sehingga RM166.04).

Sistem Gacha seperti yang ada dalam War of the Visions dan Genshin Impact amat mudah untuk terpalit dengan kontroversi. Para pengkritik telah menuduh pembangun kerana melibatkan unsur perjudian, dimana pemain akan menghabiskan ratusan dolar untuk mendapatkan item atau watak yang mereka inginkan. Mereka tidak diberikan pilihan untuk pembelian dalam aplikasi konvensional yang melibatkan kos lebih kecil berbanding sistem gacha ini. Malah, terdapat aduan sama berlaku untuk “blind loot box”, dan ia telah diharamkan oleh beberapa negara.

Selain itu, ada juga kes ekstrem dimana para pembangun game telah dituduh membuat skim “pay-to-win” untuk game mereka, di mana pemain perlu membelanjakan sejumlah wang untuk memperolehi item yang memberikan kelebihan secara automatik. Antara kes yang paling terkenal adalah seperti Star Wars 2017: Battlefront 2, yang pada mulanya telah menawarkan loot untuk meningkatkan statistik pemain. EA terpaksa menarik balik sistem itu sepenuhnya dan telah menghasilkan model yang lebih adil untuk semua pemain game itu.

War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius adalah game tactical RPG yang dibangunkan oleh Gumi Inc dan diterbitkan oleh Square Enix. Game ini boleh dimainkan di platform mobile untuk peranti iOS dan Android serta telah dilancarkan pada November 2019. Ia juga merupakan spin-off untuk Final Fantasy Brave Exvius yang di inspirasi dari siri game Final Fantasy Tactics.

Bagi pemain yang gemar bermain sistem gacha, kami nasihatkan untuk berpada-padalah berbelanja di waktu ekonomi sedang terjejas ini. Bukan apa, takut kerana game nanti anda tak cukup makan pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GachaJepunsquare enixWar of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius
Previous Post

Record of Ragnarok: Ulasan setiap pertarungan Manusia vs Dewa di musim pertama!

Next Post

Pelbagai yang baru! World of Warcraft: Shadowlands – Chains of Domination kini bermula!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Pelbagai yang baru! World of Warcraft: Shadowlands – Chains of Domination kini bermula!

Pelbagai yang baru! World of Warcraft: Shadowlands - Chains of Domination kini bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd