Memang benar Square Enix telah mengeluarkan banyak game di Nintendo Switch dan Xbox, tetapi kedua-dua platform tersebut diabaikan untuk majoriti game AAA mereka, termasuk Final Fantasy XVI dan Final Fantasy VII Rebirth. Walau bagaimanapun, nampaknya Square Enix akan bergerak ke arah strategi berbilang platform (multiplatform) pada tahun-tahun akan datang.
Semalam, Square Enix telah mengumumkan pelan perniagaan jangka sederhana baharu. Bertajuk “Square Enix Reboots and Awakens: 3 Years of Foundation-Laying for Long-Term Growth”, pelan perniagaan baharu ini meliputi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2025 hingga tahun fiskal berakhir 31 Mac 2027.
Mengikut pelan itu, ia ditetapkan untuk mengatasi cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat sebelum ini.
“Keuntungan rendah dalam subsegmen Game HD, penurunan game untuk subsegmen Smart Devices dan PC Browser, pengurusan portfolio francais yang tidak mencukupi dan jurang dalam infrastruktur pengurusan kumpulan” telah diserlahkan sebagai antara cabaran utama pada tempoh tersebut.
Empat strategi utama telah dirancang di mana salah satu melibatkan “mengukuhkan titik hubungan pelanggan”, di mana mereka akan “beralih kepada strategi berbilang platform”. Kini, Square Enix akan “secara agresif mengejar strategi berbilang platform yang merangkumi platform Nintendo, PlayStation, Xbox dan PC”.
Pelan itu terutamanya, “berkaitan dengan francais utama dan judul AAA termasuk katalog” dan dengan berbuat demikian, Square Enix berkata mereka “akan membina persekitaran di mana lebih ramai pelanggan boleh menikmati judul mereka”.
Pelan baharu ini mencadangkan bahawa Square Enix mungkin akan membuang status eksklusif pada masa hadapan dan akan mengeluarkan game utama Final Fantasy do platform lain, sedangkan dulu ia hanya dikeluarkan sebagai PlayStation eksklusif.
Dalam dokumen yang sama, Square Enix juga menekankan peralihan kuantiti kepada kualiti, dengan matlamat untuk “melancarkan judul yang memastikan keseronokan dan meningkatkan kesetiaan kepada jenama kami, dengan keutamaan besar untuk membawa senyuman ke wajah pelanggan kami”.
Dokumen itu juga melaporkan prestasi kewangan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024, di mana penerbit menyerlahkan bahawa terdapat kerugian operasi yang ketara sebanyak ¥8.1 bilion (kira-kira RM244,811,970) dalam subsegmen Game HD, yang merangkumi judul AAA seperti Final Fantasy VII Rebirth, FOAMSTARS dan Final Fantasy XVI, antara nama-nama besar.
@gamersantaimy
Discussion about this post