Tidak puas dengan pengembaraan bersama keluarga Forger dalam SPY x FAMILY? Nantikan pula pembukaan SPY x FAMILY Pop-up Store di Malaysia pada bulan ini! Diumumkan oleh MUSE Malaysia, kedai pop-up anime tersebut akan dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre bermula 12 Januari sehingga 29 Februari 2024! Jadi buat peminat semua, jangan lupa untuk singgah di LaLaport nanti! Inilah masanya untuk bergambar dengan keluarga Forger ini!
Kami juga pernah melawat kedai pop-up ini semasa di Singapura pada tahun lepas. Ada kemungkinan besar ia mempunyai tarikan yang sama seperti jualan merch rasmi, belon Anya gergasi, replika bilik tidur Anya dan sudah pasti adanya tempat untuk anda bergambar! Anda boleh lihat gambar lawatan tersebut di bawah.
Tentang Spy x Family
Bagi mereka yang tidak tahu, Spy × Family ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Siri ini mula diterbitkan melalui aplikasi dan laman web Shonen Jump+ pada Mac 2019. Anda juga boleh membacanya melalui Manga Plus. Populariti siri ini meningkat setelah siri anime ditayangkan pada April 2022 malah mendapat musim kedua dan juga sebuah filem pada 2023.

Bercerita tentang filemnya, SPY×FAMILY CODE: White juga akan ditayangkan di Malaysia pada masa akan datang. Berita ini diacah oleh pengedar filem antarabangsa, Encore Films Malaysia. Jadi kita nantikan kemas kini akan datang daripada mereka.
Berikut adalah sinopsis filem tersebut:
Keluarga Forger menuju ke wilayah Frigis untuk lawatan keluarga selepas Loid mencadangkan kepada Anya bahawa dia membuat manisan melemele rantau itu, yang merupakan manisan kegemaran pengetua Eden Academy dalam pertandingan yang dianjurkan di akademi tersebut. Pemenang pertandingan tersebut akan diberi ganjaran berbentuk Stellar Star. Semasa Yor menangani perasaan tidak senang selepas melihat Loid bersama seorang wanita misteri sebelum perjalanan, Anyatelah menelan coklat yang ditemui dalam kotak yang mencurigakan. Rupa-rupanya coklat tersebut mengandungi rahsia yang menggemparkan dunia.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post