Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spinoff anime Inuyasha sedang dibikin! Berjudul Yashahime: Princess Half-Demon, akan keluar tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Spinoff anime Inuyasha sedang dibikin! Berjudul Yashahime: Princess Half-Demon, akan keluar tahun ini!
0
SHARES
383
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Viz mengesahkan pada hari Jumaat lepas bahawa francais Inuyasha oleh Rumiko Takahashi akan memberi inspirasi kepada anime spin-off baru berjudul Yashahime: Princess Half-Demon (Hanyō no Yashahime). Laman web rasmi Jepun dibuka pada hari yang sama seperti pengumuman di atas dan pihak produksi merancang untuk mengeluarkan anime tersebut pada musim guruh tahun ini.

Sinopsis rasmi tentang “anime baru daripada dunia Inuyasha“:

Anak perempuan Sesshomaru dan Inuyasha memulakan perjalanan yang melampaui masa! Di zaman Feudal Jepun, kembar separuh-iblis Towa dan Setsuna terpisah antara satu sama lain semasa hutan dibakar. Semasa mencari adiknya, Towa mengembara ke terowong misteri yang menghantarnya ke dunia masa kini Jepun, di mana dia dijumpai dan dibesarkan oleh abang Kagome Higurashi, iaitu Sota dan keluarganya.

Sepuluh tahun kemudian, terowong yang menghubungkan dua era itu telah dibuka semula, dan membolehkan Towa disatukan kembali dengan Setsuna, yang kini menjadi Demon Slayer yang bekerja untuk Kohaku. Tetapi Towa terkejut kerana nampaknya Setsuna telah kehilangan semua memori tentang kakaknya.

Bersama dengan Moroha, anak perempuan Inuyasha dan Kagome, ketiga wanita muda akan mengembara antara kedua-dua era untuk mendapatkan kembali masa lalu mereka yang hilang.

Reka bentuk watak seperti yang disiarkan di Twitter:

Towa Higurashi

TVアニメ『半妖の夜叉姫』の
”登場人物”をご紹介致します!

殺生丸の娘”日暮とわ”#半妖の夜叉姫 pic.twitter.com/uUK3mQuXbD

— 半妖の夜叉姫 (@hanyo_yashahime) May 9, 2020

Setsuna

TVアニメ『半妖の夜叉姫』の
”登場人物”をご紹介致します!

殺生丸の娘”せつな”#半妖の夜叉姫 pic.twitter.com/8TA5k1EIQ3

— 半妖の夜叉姫 (@hanyo_yashahime) May 9, 2020

Moroha

TVアニメ『半妖の夜叉姫』の
”登場人物”をご紹介致します!

犬夜叉とかごめの娘”もろは”#半妖の夜叉姫 pic.twitter.com/3PtRdLU8e9

— 半妖の夜叉姫 (@hanyo_yashahime) May 9, 2020

Teruo Sato (pengarah episod Inuyasha) akan mengarahkan anime ini di Sunrise, dan Katsuyuki Sumisawa akan mengendalikan skrip setelah melakukan perkara yang sama untuk Inuyasha dan Mobile Suit Gundam Wing. Rumiko Takahashi dikreditkan sebagai pereka watak utama, dengan Yoshihito Hishinuma (Yakitate!! Japan, City Hunter: Shinjuku Private Eyes) kembali daripada Inuyasha untuk mengadaptasi reka bentuknya kepada animasi. Kaoru Wada (3×3 Eyes, Battle Angel, The File of Young Kindaichi) juga kembali dari Inuyasha untuk mengarang muzik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka, hanya perlu klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeHanyō no YashahimeINUYASHAYashahime: Princess Half-Demon
Previous Post

APEX LEGENDS SEASON 5 – FORTUNE’S FAVOR akan bermula hari ini!

Next Post

Acara King of Fighter ALLSTAR X WWE bermula dengan Becky Lynch, Kofi Kingston & The Undertaker

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Acara King of Fighter ALLSTAR X WWE bermula dengan Becky Lynch, Kofi Kingston & The Undertaker

Acara King of Fighter ALLSTAR X WWE bermula dengan Becky Lynch, Kofi Kingston & The Undertaker

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd