Game Elden Ring oleh Fromsoftware telah membuat pengumuman rasmi yang mendedahkan spesifikasi minimum untuk sistem PC. Malangnya, keperluan minimum nampaknya agak tinggi dan jauh lebih ‘demanding’ berbanding game lain dalam genre yang sama.

Menurut pengumuman, pemain memerlukan sekurang-kurangnya 12GB RAM untuk menjalankan game manakala 16GB adalah spesifikasi yang disyorkan untuk bermain game dengan lancar. Di bahagian GPU, GTX 1060 (dengan 3 GB VRAM) dirujuk sebagai minimum yang diperlukan untuk bermain Elden Ring, manakala GTX 1070 disenaraikan sebagai pilihan yang disyorkan. Berikut adalah maklumat spesifikasi PC penuh Elden Ring:
Minimum System Requirements:
- Windows 10
- Intel Core i5 8400 or AMD Ryzen 3 3300X
- 12GB RAM
- Nvidia GeForce 1060 3GB or AMD Radeon RX 580 4GB
- DirectX 12
- 60GB Storage
Recommended System Requirements:
- Windows 11/10
- Intel Core i7-8700K or AMD Ryzen 5 3600X
- 16GB RAM
- Nvidia Geforce GTX 1070 8GB or AMD Radeon RX Vega 56 8GB
- DirectX 12
- 60GB Storage
Walaupun nampak seperti game untuk geng bangsawan, pemain PC tidak perlu mengikut keperluan sistem rasmi dan boleh sebaliknya menggunakan hardware yang lebih lemah daripada yang disyorkan. Agak gila lah kalau terpaksa beli set PC canggih semata-mata nak main Elden Ring.
Baru-baru ini kami berjaya menemu ramah salah satu produser di sebalik pembikinan game iaitu Yasuhiro Kitao, yang berkata:
“Kami rasa Elden Ring berada di tempat yang baik. Rasa seronok selepas melihat keputusan Network Test tahun lepas dan mendengar maklum balas daripada peminat. Jadi kami yakin, ia akan memenuhi jangkaan. Sudah tentu, sebelum dikeluarkan, ada sedikit kebimbangan dan keterujaan kerana kita tidak tahu bagaimana game ini akan diterima pada penghujung hari.”
Bagi mereka yang berminat, Elden Ring akan dilancarkan 25 Februari 2022 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

@gamersantaimy
Discussion about this post