Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Special Gifting Event Untuk Pokémon GO Isnin (Selasa) Ini!

Wait for it...

Jade Ice by Jade Ice
August 4, 2019
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Special Gifting Event Untuk Pokémon GO Isnin (Selasa) Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas pemain Pokémon GO disajikan dengan Team Rocket, dan baru-baru ini Niantic dan The Pokémon Company telah mengumumkan Special Gifting Event untuk game ini.

Sempena dengan acara ini, pemain akan menikmati peningkatan untuk jumlah hadiah harian yang boleh dibuka, penetasan telur yang lebih pantas dan juga kebarangkalian untuk menetaskan seekor Shiny Bonsly. Sangat menarik untuk melihat Pokémon GO kembali kepada sorotan utama dan perhatian terhadap game ini terus meningkat. Menurut Sensor Tower, Pokémon GO telahpun mencapai 1 billion muat turun:

Congratulations to @Pokemon and @NianticLabs on one billion total downloads of #PokemonGO! Sensor Tower estimates the game has surpassed $2.7 billion in lifetime player spending. #pokemon pic.twitter.com/OJ55amoaCW

— Sensor Tower (@SensorTower1) July 31, 2019

Acara istimewa ini akan bermula pada Isnin ini, 4 PM EDT (Waktu tempatan 4 AM Selasa) dan akan berlanjutan sehingga 19 Ogos 4 PM EDT (Waktu tempatan 20 Ogos 4 AM). Acara 2 minggu ini adalah sesuai untuk menunjukkan penghargaan kepada kawan-kawan dengan pelbagai bonus. Telur 7KM yang diperolehi ketika acara ini hanya memerlukan 2 KM untuk ditetaskan. Walaupun penampilannya adalah telur 2 KM, tetapi Pokémon yang ditetaskan adalah daripada variasi 7 KM. Jumlah hadiah yang boleh dibuka dinaikkan kepada 30 manakala jumlah hadiah yang boleh dibawa ditingkatkan kepada 20 sepanjang acara ini.

Ini adalah masa yang terbaik untuk memainkan (atau kembali kepada) Pokémon GO, dengan kandungan sosial terbaru, pertarungan trainer dan banyak lagi penambahan.

Dijangkakan kolaborasi dengan Pokémon Sword dan Pokémon Shield akan dimulakan secara berperingkat sempena dengan pelancaran game-game tersebut November ini.

Sumber: toucharcade

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSMobilenianticPokemon GOthe pokemon company
Previous Post

Kasut Naruto Dari Adidas!

Next Post

Cara-cara untuk mendapat title “Weapon Master” di PUBG Mobile!!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Cara-cara untuk mendapat title “Weapon Master” di PUBG Mobile!!

Cara-cara untuk mendapat title "Weapon Master" di PUBG Mobile!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd