Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Umum DualSense Limited Edition – Death Stranding 2: On the Beach!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony Umum DualSense Limited Edition – Death Stranding 2: On the Beach!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment baru sahaja mengumumkan DualSense Death Stranding 2: On the Beach Limited Edition, sebuah controller eksklusif hasil kerjasama dengan Kojima Productions.

Direka khusus untuk peminat action-adventure yang dinanti-nantikan ini, controller ini menampilkan logo serta motto organisasi Drawbridge dalam warna oren terang — organisasi utama dalam game untuk menghubungkan semula dunia yang telah berpecah.

Sony Interactive Entertainment

DualSense Death Stranding 2 edisi terhad ini akan dijual pada harga disyorkan RM419 dan hanya tersedia dalam kuantiti terhad. Pra-tempahan akan dibuka bermula 22 Mei 2025, pukul 10 pagi waktu tempatan melalui peruncit terpilih, dengan pelancaran rasmi pada 26 Jun 2025, serentak dengan pelancaran Death Stranding 2: On the Beach di PlayStation 5.

Selain itu, peminat boleh membuat pra-tempahan untuk Collector’s Edition atau Digital Deluxe Edition bagi mendapatkan akses awal bermula 24 Jun 2025.

Sony Interactive Entertainment

Pengembaraan Baharu Menanti dalam Death Stranding 2: On the Beach

Dibangunkan oleh Kojima Productions dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment, Death Stranding 2: On the Beach merupakan kesinambungan kepada game popular tahun 2019, Death Stranding.

Ditulis, diterbitkan, dan diarahkan oleh Hideo Kojima, yang terkenal melalui siri Metal Gear Solid, game ini membawa pemain ke dunia open-world action-adventure dari perspektif third-person. Ia menggabungkan penerokaan, pertempuran, dan mekanik penghantaran dalam latar dunia pasca-apokalips di luar United Cities of America (UCA).

Kredit: Kojima Productions

Kisah kali ini mengikuti perjalanan Sam Porter Bridges (lakonan Norman Reedus) yang menjalankan misi untuk menyelamatkan umat manusia daripada ancaman kepupusan bersama organisasi Drawbridge.

Sam akan ditemani watak-watak ikonik seperti Fragile (Léa Seydoux), Higgs (Troy Baker), dan Heartman (Nicolas Winding Refn), serta watak baharu seperti Tomorrow (Elle Fanning), Neil (Luca Marinelli), dan Tarman (George Miller). Sepanjang perjalanan, pemain akan menavigasi pelbagai landskap — dari kota-kota besar hingga kawasan gurun terpencil.

Kredit: Kojima Productions

Seperti sebelum ini, pemain perlu menghantar kargo, mengurus berat badan, dan merentasi pelbagai bentuk muka bumi, sama ada berjalan kaki atau menggunakan kenderaan, sambil berdepan ancaman robotik dan makhluk dunia lain, BT (Beached Things).

Game ini memperkenalkan senjata baharu termasuk gitar laser milik Higgs, manakala easy mode membenarkan pemain melangkau pertempuran bos dengan ringkasan cerita yang disediakan. Turut diperkenalkan ialah mod Photo Mode yang berinteraksi dengan jalan cerita, menggalakkan pemain mengambil “gambar-gambar terbaik”.

Penerokaan dunia ini turut diserikan dengan makhluk unik seperti kucing BT berlidah sotong dan DHV Magellan — sebuah kapal mecha yang direka untuk meneroka dunia terbuka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Death Stranding 2DualSense Limited Edition - Death Stranding 2: On the Beach
ShareTweetSend
Previous Post

teamLFG Diperkenalkan: Studio First-Party Baharu Di Bawah PlayStation

Next Post

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua
Review

Reviu Mobile Suit Gundam SEED Battle Destiny Remastered – Cukup Menghargai Nostalgia, Tapi Bukan Untuk Semua

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
Next Post
Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

Civilization: Eras & Allies Cecah Lebih 700,000 Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Jun Ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd