Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony menarik semula penutupan perkhidmatan PS3 dan Vita di PlayStation Store

Amir Haziq by Amir Haziq
April 20, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Sony menarik semula penutupan perkhidmatan PS3 dan Vita di PlayStation Store
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung bulan Mac yang lalu, Sony telah mengesahkan mereka akan menutup perkhidmatan PlayStation Store untuk konsol PS3, PSP dan Vita bermula 2 Julai nanti. Anda boleh baca berita mengenai penutupan tersebut disini. Namun hari ini, mereka telah menarik semula keputusan dan mengekalkan perkhidmatan PS Store bagi PS3 serta Vita, kecuali PSP sahaja yang akan kekal ditutup pada 2 Julai.

“Kami sudah membuat keputusan yang salah di sini. Jadi hari ini saya dengan senang hati mengumumkan bahawa kami akan memastikan PlayStation Store sentiasa beroperasi untuk PS3 dan Vita.” Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan dalam catatan blognya.

“Kami nampak ramai dari anda sangat bersemangat untuk terus membeli permainan klasik di PS3 dan PS Vita untuk masa akan datang, jadi saya gembira untuk meneruskan operasi tersebut” Tambah Ryan.

Ryan menjelaskan bahawa Sony pada mulanya mengambil keputusan tersebut kerana beberapa sebab, termasuk ingin memberi lebih tumpuan kepada platform yang lebih ramai pemain, seperti PlayStation 4 dan PlayStation 5. Beliau juga menganggap ianya sebagai cabaran dalam dunia perniagaan untuk sesebuah sistem lama.

Penutupan PlayStation Store untuk PS3 dan Vita mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Memang agak mustahil untuk bermain kebanyakkan permainan PS3 atau Vita di PS4 dan PS5, kecuali pengguna memiliki PlayStation Now. Ianya pasti menjadi kebimbangan buat pengguna apabila PS Store dikeluarkan dari konsol mereka. Malah, keputusan Sony juga mengejutkan para pembangun Vita, yang mengalami masalah dalam menyiapkan permainan sebelum PS Store ditutup atau meninggalkan sahaja projek sepenuhnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation storePS Vitaps3Sony
Previous Post

Dota: Dragon’s Blood Book 2 nampaknya dalam pembangunan!

Next Post

Respawn mengumumkan Apex Legends Mobile untuk Android & iOS!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Respawn mengumumkan Apex Legends Mobile untuk Android & iOS!

Respawn mengumumkan Apex Legends Mobile untuk Android & iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd