Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Interactive Entertainment Melantik Hideaki Nishino & Hermen Hulst Sebagai CEO Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2024
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Sony Interactive Entertainment Melantik Hideaki Nishino & Hermen Hulst Sebagai CEO Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pemergian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sony Interactive Entertainment Jim Ryan, syarikat itu mengumumkan bahawa Hideaki Nishino telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Sony Interactive Entertainment Platform Business Group manakala Hermen Hulst dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Sony Interactive Entertainment Studio Business Group, yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

Hiroki Totoki, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara untuk Sony Interactive Entertainment, akan berkhidmat sebagai pengerusi Sony Interactive Entertainment selain peranannya sebagai presiden, ketua pegawai operasi dan ketua pegawai kewangan Sony Group Corporation.

Nishino dan Hulst akan melaporkan kepada Totoki, dan bekerjasama rapat untuk mengukuhkan setiap perniagaan utama sambil memaksimumkan sinergi di Sony Interactive Entertainment.

Hideaki Nishino

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Nishino kini merupakan naib presiden kanan, Platform Experience Group dan mengetuai pasukan yang bertanggungjawab untuk membangunkan pengalaman dan teknologi dalam produk dan perkhidmatan PlayStation.

Platform Experience Group menolak sempadan permainan dalam pelbagai cara, termasuk inovasi dalam PlayStation 5, keasyikan PlayStation VR2 dan menghubungkan berjuta-juta orang di PlayStation Network.

Dalam kapasiti baharunya sebagai CEO Platform Business Group, Nishino akan terus bertanggungjawab ke atas teknologi, produk, perkhidmatan dan pengalaman platform.

Beliau juga akan mengawasi perhubungan penerbit dan pembangun pihak ketiga dan operasi komersial, termasuk jualan dan pemasaran perkakasan, perkhidmatan dan peranti.

Hermen Hulst

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Hulst kini berkhidmat sebagai naib presiden kanan dan ketua PlayStation Studios, dan bertanggungjawab untuk membangunkan kandungan merentas banyak peranti termasuk konsol PlayStation dan PC serta membawa harta intelek permainan video kepada medium baharu seperti filem dan televisyen melalui PlayStation Productions.

Pasukan PlayStation Productions sedang mengusahakan beberapa adaptasi permainan video dan membangunkan siri televisyen pemenang anugerah Emmy, The Last of Us, adaptasi daripada game yang juga memenangi anugerah.

Dalam peranan baharunya sebagai CEO Studio Business Group, Hulst akan bertanggungjawab untuk pembangunan, penerbitan dan operasi perniagaan kandungan parti pertama Sony Interactive Entertainment.

Era Baru di Sony Interactive Entertainment

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Mesej daripada Hiroki Totoki yang berkata:

“Pada bulan ini, anda akan belajar lebih lanjut tentang visi jangka panjang untuk Sony Group dan peranan penting yang dimainkan oleh Sony Interactive Entertainment dalam visi tersebut. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tahun fiskal 24 menandakan permulaan Mid-Range Plan untuk Sony Group di mana kami akan menetapkan hala tuju untuk pertumbuhan yang mampan.”

“Masa depan adalah sangat cerah untuk Sony Interactive Entertainment dan itu berkat anda semua. Sejak saya menjadi Pengerusi pada Oktober 2023, saya telah diilhamkan oleh semangat anda, pendekatan inovatif dan kerja berpasukan. Nilai ini akan memberi manfaat kepada kami semasa kami memulakan masa depan yang menarik untuk Sony Interactive Entertainment.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: .Hideaki NishinoHermen HulstSony Interactive Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

‘Final Fantasy VII Rebirth Orchestra World Tour’ akan datang ke Singapura – Dapatkan Tiket Sekarang!

Next Post

Square Enix Beralih Daripada “Game Eksklusif PS5”, Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Square Enix Beralih Daripada “Game Eksklusif PS5”, Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform

Square Enix Beralih Daripada "Game Eksklusif PS5", Kini Fokus Ke Arah Strategi Berbilang Platform

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd