Kami di Gamer Santai telah dapat tahu bahawa siri terkenal One-Punch Man akan menerima adaptasi live-action Hollywood! Sony Pictures akan mengadaptasi siri ini kepada sebuah filem bersama bantuan penulis Venom untuk memperkenalkan dunia Saitama dalam cara yang baru.
Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner (Jumanji: The Next Level, Venom) telah diberi tugas untuk menulis skrip untuk One-Punch Man manakala Avi Arad dan Air Arad daripada Arad Productions (Spider-Man, Iron Man, X-Men) akan memantau projek ini yang masih dalam pembangunan.

Dicipta oleh ONE pada 2009, One-Punch Man bermula sebagai web-comic yang mengisahkan seorang hero bernama Saitama. Hero botak itu nampaknya seperti lelaki biasa, tetapi dia sebenarnya adalah orang terkuat di dunia. Dengan kemampuan untuk mengalahkan musuh dengan satu tumbukan, Saitama hanya ingin mencari musuh yang cukup kuat untuk mencabarnya.
Siri ini menjadi semakin popular setelah artis Yusuke Murata melukiskan versi manga. Seterusnya, musim pertama One-Punch Man yang dihasilkan oleh Madhouse telah memulakan tayangan pada 2015 dan menerima sambutan yang meriah. Musim kedua anime kemudian diwariskan kepada J.C. Staff tetapi gagal menarik perhatian peminat kerana animasinya yang kurang kemas.
Pengumuman rasmi tentang projek ini masih belum didedahkan, tetapi ia adalah salah satu daripada beberapa adaptasi anime dalam pembangunan. Hollywood mempunyai rancangan yang besar untuk Cowboy Bebop dan One Piece di Netflix manakala adapatasi filem untuk Naruto masih diperdebatkan. Pada satu masa dahulu, Akira juga sedang dalam proses pembikinan dengan Taika Waititi sebagai pengarah, tetapi projek itu telah dibatalkan.
Apa pendapat anda? Adakah projek ini akan berjaya? Bolehkah mereka mengubah Saitama ke versi live-action? Kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Untuk segala berita tentang One-Punch Man, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post