Hari ini, SEGA telah mendedahkan pelbagai tambahan baharu untuk game Sonic X Shadow Generations termasuk memperkenalkan ‘stage’ baharu dan dua ‘skin’ istimewa untuk kedua-dua watak utama.
Anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum:
Dalam trailer baharu di atas, penonton diberi gambaran sekilas tentang lokasi daripada tiga game lama: Sonic Adventure 2, Sonic Heroes dan Sonic the Hedgehog (2006). Pertama, ia memberi pandangan lebih dekat kepada pada versi original untuk beberapa ‘stage’, dan meletakkannya bersebelahan dengan versi baharu yang dipertingkatkan. Ternyata, perbezaannya sangat agak drastik!

Di pertengahan trailer, kita dibawa ke stage baharu iaitu Kingdom Valley, di mana Shadow mesti merentasi istana yang runtuh dan landskap tepi tasik yang berbahaya. Untuk mencapai matlamat, Shadow juga perlu menunggang seekor helang dan bersiar-siar menggunakan Wind Path.

Akhir sekali, kami diberitahu bahawa pre-order untuk Sonic X Shadow Generations versi Nintendo Switch telah dibuka secara rasmi di Nintendo eShop. Sebagai bonus untuk pre-order versi digital, pemain akan menerima ‘legacy skin’ untuk Sonic, berdasarkan penampilannya dari Sonic Adventure!
Kulit low-poly ini menampilkan Sonic ketika di zaman Sega Dreamcast pada tahun 1999, lengkap dengan Crystal Ring biru di pergelangan tangan dan Light Speed Shoe yang membolehkan landak ini melakukan pergerakan Light Speed Dash.

Edisi Deluxe Digital termasuk buku seni digital dan runut bunyi, membolehkan pemain menikmati muzik ikonik daripada game klasik Sonic dan Shadow serta seni di belakang tabir. Ia turut menawarkan pelbagai jenis DLC, termasuk skin yang membolehkan anda bermain sebagai Terios—prototaip Shadow—dan akses untuk level dan skin baharu untuk game ini, yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun 2024.

Bagi mereka yang berminat, Sonic X Shadow Generations akan dilancarkan pada 25 Oktober 2024 di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, dan Epic Games Store.
Untuk maklumat tentang pre-order, anda boleh rujuk artikel kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post