Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic X Shadow Generations Jual Lebih 1 Juta Unit Di Seluruh Dunia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic X Shadow Generations Jual Lebih 1 Juta Unit Di Seluruh Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dengan bangganya mengumumkan bahawa Sonic X Shadow Generations, keluaran terbaru dalam francais Sonic, telah mencapai rekod yang mengagumkan dengan jualan global melebihi 1 juta unit. Dilancarkan pada 25 Oktober 2024, game ini memperkenalkan pemain kepada pengalaman yang unik dan meluaskan legasi Sonic dalam cara yang segar dan dinamik.

Judul ini menggabungkan dua game dalam satu: Sonic Generations dan Shadow Generations. Sonic Generations kembali dengan pelbagai kandungan baru, membolehkan pemain menikmati cabaran speedrunning melalui beberapa peringkat bersama Classic Sonic dan Modern Sonic.

Selain itu, Shadow Generations memperkenalkan gameplay serba baharu yang memfokuskan pada hero gelap, Shadow, dengan memberikan pengalaman aksi berkelajuan tinggi yang lebih gelap dan intens.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang game ini dalam reviu kami di SINI. Bagi mereka yang berminat, game ini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam, dan Epic Games Store. Sila rujuk laman web rasmi untuk info lanjut!

Sejak debutnya pada tahun 1991, Sonic the Hedgehog telah menjadi ikon budaya, terus disanjung sehingga hari ini. Kejayaan besar adaptasi filem Sonic baru-baru ini telah mengembangkan pertumbuhan IP ini, memperkenalkan Sonic kepada generasi baru dan mengukuhkan kehadirannya dalam dunia hiburan global.

Dengan keluaran Sonic X Shadow Generations, Shadow the Hedgehog menjadi fokus utama dalam kempen bertema “Fearless: Year of Shadow”.

Keluaran ini adalah sebahagian daripada rancangan multimedia yang komprehensif, termasuk siri animasi Knuckles yang sudahpun boleh ditonton, game mobile Sonic Rumble yang bakal dilancarkan pada musim sejuk, serta filem yang dinanti-nantikan, Sonic the Hedgehog 3, yang akan menemui peminat di pawagam pada bulan Disember ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic x Shadow Generations
ShareTweetSend
Previous Post

Kingston Umum Modul CUDIMM Prestasi Tinggi Untuk Memori FURY Renegade DDR5

Next Post

Reviu Dragon Age: The Veilguard – Berjaya Mengatasi Segala Jangkaan Walaupun Berhadapan Ancaman!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Reviu Dragon Age: The Veilguard – Berjaya Mengatasi Segala Jangkaan Walaupun Berhadapan Ancaman!

Reviu Dragon Age: The Veilguard - Berjaya Mengatasi Segala Jangkaan Walaupun Berhadapan Ancaman!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd