Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Rumble Ditunda Sekali Lagi, Pengguna iOS Malaysia Masih Tidak Dapat Bermain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2025
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer
0 0
0
Sonic Rumble Ditunda Sekali Lagi, Pengguna iOS Malaysia Masih Tidak Dapat Bermain
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran global Sonic Rumble, sebuah party game multiplayer dari SEGA yang dibangunkan bersama Rovio Entertainment, sekali lagi ditunda tanpa sebarang tarikh baharu, hanya seminggu sebelum ia dijadualkan keluar pada 8 Mei 2025.

Di Malaysia, walaupun game ini sudah boleh dimainkan di PC melalui Google Play Games dan pada peranti Android, pengguna iOS masih perlu bersabar menunggu, mencipta situasi yang agak janggal apabila pemain di platform lain sudah menikmati game tersebut.

Thank you for your incredible support and patience, Rumblers. We’ve made the difficult decision to postpone Sonic Rumble’s Global Launch. We want to create a game that evolves and stays fun for months and years to come. To build the kind of high-quality, long-lasting Sonic game… pic.twitter.com/radPy7swOf

— Sonic Rumble (@Sonic_Rumble) April 30, 2025

Penangguhan terbaru ini diumumkan pada 30 April 2025, dengan alasan memerlukan lebih masa untuk memastikan Sonic Rumble dilancarkan dengan kualiti terbaik, termasuk ciri-ciri penting seperti Rumble Ranking, Crews, dan skil unik untuk setiap watak.

SEGA masih belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi baharu, namun Apple App Store kini menyenaraikan 31 Julai 2025 sebagai tarikh sementara.

Kredit: App Store

Sonic Rumble merupakan game multiplayer party battle royale dalam dunia Sonic the Hedgehog, melibatkan sehingga 32 pemain yang mengawal versi mainan watak-watak ikonik Sonic. Pemain akan bersaing dalam pelbagai mini game dan cabaran untuk mengumpul cincin serta menjadi yang terakhir bertahan.

Berlatarbelakangkan dunia mainan ciptaan Dr. Eggman, game ini menawarkan mod seperti Run, Survival, dan Ring Battle, dengan pentas yang diinspirasikan daripada lokasi klasik siri Sonic.

Pemain juga boleh memperibadikan watak masing-masing dengan pelbagai skin dan efek, serta membentuk pasukan sehingga empat orang untuk bermain secara koperatif. Ia ditawarkan secara percuma, dengan sistem Battle Pass dan tanpa elemen pay-to-win.

Kredit: SEGA

Sejak Ogos 2024, Sonic Rumble telah memasuki fasa soft-launch di beberapa negara terpilih, termasuk Malaysia, membolehkan SEGA dan Rovio menguji serta memperhalusi permainan. Setakat ini, lebih 1.4 juta pra-pendaftaran direkodkan di seluruh dunia, dengan penilaian purata 4.4 bintang di Play Store di kawasan pelancaran awal.

Pelancaran global penuh sepatutnya membuka akses untuk semua pemain di seluruh dunia, namun dengan penangguhan ini, ia menjadi satu tamparan hebat buat peminat, terutama di negara yang tidak termasuk dalam pelancaran awal, serta pengguna iOS di kawasan soft-launch seperti Malaysia.

Kredit: SEGA

Bagi pemain iOS di Malaysia, berita ini pastinya mengecewakan, kerana mereka kini terpaksa menunggu lebih lama, sementara rakan-rakan pengguna Android dan PC sudah lama menikmati game ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Arcade Sambut Lima Game Baharu Lagi Menarik pada Jun 2025

Next Post

Grand Theft Auto VI: Setiap Butiran Tersembunyi & Easter Egg Menarik Dalam Trailer 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Monster Hunter Wilds Title Update 2 Membawa Masuk Lagiacrus, Seregios & Ciri Baharu Bermula 30 Jun
DLC

Monster Hunter Wilds Title Update 2 Membawa Masuk Lagiacrus, Seregios & Ciri Baharu Bermula 30 Jun

June 27, 2025
Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Next Post
Grand Theft Auto VI: Setiap Butiran Tersembunyi & Easter Egg Menarik Dalam Trailer 2!

Grand Theft Auto VI: Setiap Butiran Tersembunyi & Easter Egg Menarik Dalam Trailer 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd