Semasa di Tokyo Game Show 2022, kami berpeluang untuk mencuba game Sonic Frontiers. Bukan setakat itu sahaja, kami juga sempat menemu ramah ketua Team Sonic, Takashi Iizuka dan juga Produser game, Morio Kishimoto. Ingin tahu lebih lanjut mengenai perjalanan sepanjang Sonic Frontiers dibangunkan? Teruskan membaca hasil temu ramah ini! Sebagai peringatan, hasil temu ramah ini telah diedit supaya mudah difahami.

Sonic Frontiers memperkenalkan gameplay baru dalam francais. Apa yang membuatkan anda ambil pendekatan ini?
Kishimoto: Seperti yang anda tahu siri Sonic mempunyai sejarah lebih 31 tahun dan Sonic pertama dilahirkan sebagai game side scroller dan kemudian dalam Sonic Adventure, kami menjadikan game itu sebagai permainan aksi 3D dan sepanjang sejarah Sonic, kami terus membuat game siri Sonic sebagai aksi 3D.
Dan sejak pelancaran Sonic 4 pada 2014, kami memikirkan bagaimana untuk mengembangkan siri ini seperti selepas 10 atau 20 tahun dan bagaimana untuk memajukannya. Jika kami tidak dapat memajukan siri ini, kami tidak boleh menang pada masa hadapan, jadi kali ini kami memperkenalkan konsep open zone serba baharu dan harap-harap, kami dapat membantu mendorong siri Sonic ke hadapan dan memastikan siri ini berkembang secara berterusan.
Mengenai sebab kami memilih gaya ini, anda mungkin tahu terdapat pendekatan yang berbeza untuk membina semula siri ini kepada gaya yang berbeza. Semasa proses pasukan Sonic menghasilkan game “mainstream” bagi francais dalam 10-an atau 20 tahun ini, kami benar-benar ingin memperkenalkan semula jenama Sonic sebagai jenama bertaraf dunia kepada seluruh dunia dan semua pemain.
Selepas generasi kedua Sonic Adventure, kami sentiasa membuatkan game aksi 3D sebagai genre francais tetapi bagaimana kami boleh memajukan siri ini dalam generasi ketiga dan kami telah banyak memikirkan tentang perkara ini, jadi kami memperkenalkan style open zone ini, Walaupun nampak macam open world tapi sebenarnya ia gaya open zone. Kami ingin memperkenalkan gaya baharu ini untuk membantu mengubah seluruh pasukan pembangun serta IP Sonic untuk menghasilkan semula IP menjadi jenama hebat dan kami mempunyai cita-cita ini.
Sudah tentu kita tahu i cara untuk berjaya adalah sangat sukar tetapi kita masih mahukan cabaran itu.

Sebesar mana Open Zone? Berapa banyak Open Zone yang pemain boleh terokai nanti?
Kishimoto: Kelajuan Sonic sebenarnya lebih laju daripada kereta api laju seperti Shinkansen [bullet train] di Jepun, jadi jika anda biarkan sahaja Sonic berlari melalui seluruh peta, anda pasti akan terasa letih. Itulah luasnya.
Sebenarnya terdapat beberapa pulau yang berbeza di dunia ini. Kami telah mengesahkan terdapat 5 pulau.
Sejak game ini diumumkan, ramai yang risau mengenai gameplay dan konsep Open-Zone. Bagaimana anda perbaikinya daripada kritikan yang diberi?
Kishimoto: Kami akan meminta pengguna untuk menguji demo permainan dan memberi maklum balas tentang perkara yang mereka suka atau perkara yang mereka fikir perlu dipertingkatkan.
Bagi game Sonic sebelum ini, biasanya kami mempunyai 2 kali playtest tetapi untuk Sonic Frontiers, kami telah melalui 7 kali playtest. Jadi selepas menerima maklum balas pengguna tentang playtest tersebut, kami telah menguruskan banyak perkara. Jika anda bertanya berapa banyak bahagian yang kami uruskan, kami boleh memberitahu anda ia sangat sukar untuk dikira kerana terdapat begitu banyak.
Tidak kira apa elemen yang berkaitan dengan open zone atau gaya kawalan Sonic dan reka bentuk level, puzzle, kami telah melakukan yang terbaik untuk mengubahsuai game ini agar sesuai dengan pilihan pengguna.
Kami fikir suara pengguna [maklum balas] adalah suara yang betul. Jadi ya, kami benar-benar mendengar mereka dan sekali lagi ia boleh dianggap sebagai gaya pembangunan kami.

Ini game Sonic terbaru daripada Team Sonic setelah Forces. Apa yang dipelajari pasukan daripada entri terdahulu untuk Frontiers?
Kishimoto: Selepas menyelesaikan pembangunan Sonic Forces, kami menemui batasan cara produksi keseluruhan siri itu seperti bagaimana untuk menambah baik siri Sonic ke peringkat seterusnya dan bermula dari niat ini, Sonic Frontiers ialah cabaran pertama kami. Kami sebenarnya sebelum ini pernah menyatakan bahawa kami mempunyai cita-cita untuk memperkenalkan semula keseluruhan tema dan siri Sonic sebagai jenama bertaraf dunia.
Dan itu sebenarnya betul-betul selepas pembangunan Sonic Forces, jadi kita boleh kata bahawa tanpa Sonic Forces, kita mungkin tidak dapat mencari cara yang betul untuk melepasinya. Itulah ajaran utama dari Sonic Forces.
Sonic mempunyai ramai musuh. Bagaimana pasukan seimbangkan fanservice dengan idea baru dalam Frontiers?
Kishimoto: Dalam Sonic Forces, kami mempunyai niat yang tepat untuk mengembalikan semua watak lama. Itu sebenarnya dalam reka bentuk game asal tetapi dalam Sonic Frontiers, kami meletakkan latar belakang game berdasarkan Sonic yang telah pergi ke tempat yang dia tidak tahu dan keseluruhannya memang misteri. Anda juga boleh lihat dari trailer dan maklumat yang kami beri.
Oleh itu, semua musuh, tidak ada satu pun yang pernah ditemui oleh Sonic, jadi kami boleh mengatakan bahawa itu sebenarnya perkara baharu yang kami cuba di Sonic Frontiers tetapi dalam cara fan service. Kami membina banyak elemen bandar siber dalam Sonic Frontiers yang boleh anda mainkan seperti gameplay speedrun Sonic klasik. Sebenarnya ada level untuk memuaskan peminat lama kami dan memberikan mereka perasaan [nostalgia] lama kepada siri Sonic.

Ramai peminat Sonic suka game terdahulu dengan main berulang kali. Apa yang ditambah dalam Frontiers untuk menambah baik pengalaman tersebut?
Kishimoto: Mengenai memainkan semula game untuk mendapatkan skor yang lebih baik dan record time attack (RTA), ya, kami akan mempunyai elemen ini dalam Sonic Frontiers dan sudah tentu semua rekod yang anda buat pasti akan direkodkan dalam game, jadi sila nikmati game ini seperti yang anda lakukan sebelum ini.
Mengenai penambahbaikan yang kami lakukan pada ciri record time attack, sebenarnya kali ini kami telah membuat reka bentuk keseluruhan kepada open zone, dari permulaan game hingga akhir. Terdapat banyak RTA tetapi kami percaya bahawa sesetengah pemain akan sentiasa cuba mencari laluan terpendek dan juga masa terpendek untuk menyelesaikan game dan mencatat masa. Biasanya game itu mengambil 20-30 jam tetapi sudah tentu dari judul sebelum, kita telah melihat banyak pemain yang memuat naik masa bermain yang benar-benar di luar jangkaan kami. Mereka telah menyelesaikan game dalam masa yang singkat jadi kami juga mahu anda menikmati gameplay RTA kompetitif seperti ini di Sonic Frontiers.
Selepas mencuba demo Sonic Frontiers di TGS, game itu mempunyai Open Zone berbanding entri terdahulu. Bagaimana rasanya boss fight direka?
Kishimoto: Kami mendapati bahawa platformer open zone adalah cara yang baik untuk mempersembahkan banyak elemen pada masa yang sama seperti pertempuran dan penerokaan. Dengan game Sonic sebelumnya dengan platforming berkelajuan tinggi, kami juga melakukan banyak cabaran untuk meningkatkan pengalaman pertempuran tetapi mendapati ia sukar kerana jika anda ingin melakukan pertempuran dengan menumbul, anda perlu berhenti kerana tidak boleh terus berlari jadi kami tidak menemui cara yang betul untuk mengimbangi pengalaman tersebut.
Di Sonic Frontiers, kami akhirnya menemui titik keseimbangan. Anda boleh memilih untuk melakukan pertempuran atau tidak kerana dengan kedua-dua cara anda boleh meneruskan game, jadi jika anda benar-benar mahu melakukan speedrun tanpa bertarung, anda boleh melakukannya untuk meneruskan permainan tetapi jika anda ingin mempunyai lebih banyak pengalam pertempuran dalam Sonic Frontiers, kami juga telah menambah baik semuanya dengan maklum balas playtest untuk membina pengalaman aksi kombo yang benar-benar menarik dalam gaya Sonic. Jadi harap anda boleh menikmati ini dalam pelancaran rasmi permainan.

Bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada siri yang masih dipandang tinggi sehingga hari ini?
Kishimoto: Kami ingin meneroka kategori baharu game Sonic dengan pengenalan Open Zone dan juga mahu membiarkan pasukan sonik bersinar sebagai IP berkelas dunia yang tinggi tetapi sudah tentu sepanjang 20 tahun pengeluaran semasa generasi kedua Sonic seperti game aksi 3D.
Walau bagaimanapun, kami menemui sempadan tersebut semasa generasi kedua, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibawa atau apa-apa rasa tidak hormat kepada generasi pertama dan kedua, kami sebenarnya ingin memulakan generasi ketiga dengan Sonic Frontiers dengan penuh hormat dengan keseluruhan siri dan penghormatan yang tinggi hari ini. Kami ingin menambah baik dan terus maju.
Memandangkan filem Sonic mendapat sambutan, apakah perasaan apabila mengetahui bahawa Sonic mendapat populatiri terbaru?
Iizuka: Pada tahun 2016 di Los Angeles, kami telah menubuhkan sebuah jabatan dalam sebuah syarikat untuk menangani IP Sonic yang merangkumi pengeluaran game, animasi dan juga jabatan pemasaran. Pada masa itu, kami sebenarnya terfikir untuk membuat projek yang ingin menjadikan Sonic sebagai ikon hiburan serta meneroka kemungkinan baru untuknya selain daripada game.
Kami sangat gembira melihat filem Sonic The Hedgehog telah menjadi popular. Menjelang 2016 kami memutuskan bahawa ia adalah cara yang betul untuk dilakukan, jadi kami sangat gembira dengan projek yang kami buat ini. Ramai orang yang tidak bermain game Sonic kini mengenalinya.
Apakah jenis impak yang ingin anda sampaikan dengan Sonic Frontiers?
Kishimoto: Kami ingin memperkenalkan Sonic Frontiers dengan reka bentuk Open Zone untuk meneroka kawasan baru serta sebagai game bergaya baru untuk sebuah game action dan inilah cita-cita kami.

Ada apa-apa yang anda ingin katakan kepada pemain SEA?
Kishimoto: Kami akan lakukan banyak pengumuman dan memberikan banyak maklumat dengan promosi. Kami juga sangat gembira jika pemain SEA mengetahui Sonic Frontiers, dan cuba berikan usaha yang terbaik kepada semua. Kami telah melakukan banyak uji main untuk memastikan bahawa kami melaraskan game agar sesuai dengan pilihan pemain dan kami mempunyai keyakinan bahawa game ini akan memuaskan anda. Kalau anda berminat, boleh ambil controller dan main game kami.
Iizuka: Sebenarnya kami telah memperkenalkan demo Sonic Frontiers di Gamescom dan pada masa itu kami mempunyai barisan menunggu selama 3 jam dan kali ini, terima kasih kepada semua pengguna, barisan menunggu dipendekkan menjadi 2 jam. Walaupun masih lama, kami melihat banyak reaksi pengguna di Media Sosial yang mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan game ini dan ia telah meningkatkan keyakinan kami.
Jika sebelum ini anda rasa gaya Sonic ini terlalu laju dan agak menakutkan untuk anda bermain tetapi kali ini dengan reka bentuk Open Zone, anda boleh luangkan masa anda dan pilih apa sahaja elemen yang anda suka. Tetapi jika anda inginkan pengalaman game yang menarik itu, anda juga boleh main Sonic Frontiers. jJadi sila nantikan pelancaran rasmi game.

Ribuan terima kasih kepada Morio Kishimoto dan Takashi Iizuka kerana sudi menjawab soalan kami kerana memberi kami peluang untuk belajar lebih lagi tentang Sonic Frontiers.
Bagi mereka yang berminat, game ini secara rasminya akan dikeluarkan pada 8 November untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Untuk segalan liputan mengenai Sonic daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post