Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Sonic Central] Tiga game Sonic baru akan datang, termasuk “projek rahsia” 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2021
in Acara, Android, Animasi, Arcade, Artikel, Berita, Genre, iOS, Livestream, Mobile, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Sonic Central] Tiga game Sonic baru akan datang, termasuk “projek rahsia” 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Sega ingin memperingati ulang tahun ke-30 Sonic the Hedgehog dengan acara Sonic Central pada 28 Jun. Oleh itu, mereka membuat beberapa pengumuman besar berkaitan Sonic the Hedgehog seperti game baru, animasi, dan sebuah “projek rahsia” pada tahun 2022. Sekiranya anda terlepas acara ini pagi tadi, biar saya senaraikan apa yang diumumkan!

Projek rahsia Sonic the Hedgehog 2022

Boleh dikatakan pengumuman yang paling menarik semasa acara, sebuah teaser baru mendedahkan bahawa ahli Sonic Team sedang sibuk membuat game utama Sonic the Hedgehog seterusnya yang bakal keluar pada tahun 2022. Apakah nama permainan itu? Apa jalan ceritanya? Adakah ia 2D, 3D, atau hibrid? Adakah ia sekuel atau spin-off? Malangnya, tidak satu maklumat yang dikongsikan tentang permainan. Apa yang saya tahu adalah ia akan dilancarkan pada tahun 2022. Sega akan mendedahkan lebih banyak maklumat bermula 10 Jun di acara Summer Game Fest Kickoff yang dihoskan oleh Geoff Keighley.

Sonic Colors: Ultimate akan hadir ke PC dan konsol

Sega pertama kali mengeluarkan Sonic Colors pada tahun 2010 sebagai eksklusif di pelantar Wii. Sebagai salah satu permainan 3D Sonic yang masih disukai hingga sekarang, ia kini akan mendapat adaptasi di PC (sebagai eksklusif Epic Games Store), PS4, Xbox One, dan Switch. Bakal keluar pada 7 September. Untuk mempromosikan remaster ini, Sega akan menghasilkan animasi “dua episod” bernama Sonic Colors: Rise of the Wisps. Ia akan membuat tayangan perdana pada akhir musim panas ini.

Sonic Origins termasuk permainan klasik Sonic

Zaman awal Sonic masih dianggap sebagai “golden era” untuk kebanyakan gamer klasik. Itulah sebabnya Sega mengeluarkan kompilasi baru bernama Sonic Origins yang mengumpulkan Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog 2, Sonic 3 & Knuckles, dan Sonic CD. Sega juga memberitahu bahawa beberapa penambahan baru akan dimasukkan ke koleksi ini. Lebih banyak maklumat tentang Sonic Origins akan didedahkan tidak lama lagi.

Sonic di peranti mudah alih

Sejumlah permainan mudah alih Sonic akan mendapat kemas kini khas sempena ulang tahun Sonic ke-30. Pertama, Sonic Forces: Speed ​​Battle akan menambahkan Super Sonic. Penambahan “Private race” juga adalah sebahagian daripada acara baru terhad. Seterusnya, Sonic Dash bakal menggunakan tema lanun. Kemas kini ini akan menampilkan Pirate Sonic dan Captain Shadow, serta pesta lanun yang menawarkan pelbagai ganjaran baru. Pada bulan Oktober, kedua-dua permainan ini akan menambah kemas kini Werehog sebagai sebahagian daripada acara Halloween istimewa.


Itulah semua berita permainan Sonic the Hedgehog yang diumumkan di Sonic Central. Masih banyak yang Sega tidak beritahu semasa acara ulang tahun ke-30 ini, jadi anda boleh semak di SINI kalau ingin membaca apa-apa berita baru berkenaan Sonic!

Sumber – Sonic

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: segaSonic CentralSonic Colors: UltimateSonic Originssonic the hedgehogSonic the Hedgehog 2022
Previous Post

Serangan Zombie bakal tiba! Dying Light 2 Stay Human dilancarkan 7 Disember ini!

Next Post

Merle Dandridge menyertai kembali siri rancangan The Last of Us sebagai Marlene!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Merle Dandridge menyertai kembali siri rancangan The Last of Us sebagai Marlene!

Merle Dandridge menyertai kembali siri rancangan The Last of Us sebagai Marlene!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd