Netmarble akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran rasmi game Solo Leveling: ARISE untuk mobile dan PC! Untuk pengetahuan anda, Solo Leveling: ARISE akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2024 melalui Google Play, App Store dan PC! Inilah masanya untuk anda mulakan pengembaraan epik bersama Sung Jinwoo.
Sejak pra-pendaftaran global bermula pada bulan Mac yang lalu, lebih daripada 12 juta pemain dari seluruh dunia telah pra-daftar game itu. Kami pasti ramai antara anda yang juga telah daftarkan diri.
Buat mereka yang masih belum pra-daftar, pendaftaran masih lagi terbuka. Pemain boleh mendapatkan pelbagai ganjaran apabila game debut dengan rasmi pada awal Mei nanti. Antara ganjaran yang anda boleh dapatkan adalah:
- Legendary Artifact Sets
- Chic Black Suit Costume untuk Sung Jinwoo
- 2x Power Crystal untuk setiap attribute
- 100,000 gold
Semua pemain yang mendaftar berpeluang untuk mendapatkan pasangan hunter Jinwoo, Yoo Jinho sebagai ganjaran pra-daftar. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan daftar sekarang!

ⓒ Netmarble Corp. & Netmarble Neo Inc. All Rights Reserved.
Tentang Solo Leveling: ARISE
Solo Leveling: ARISE berlaku di dunia, tempat “gate” muncul dan membawa ancaman kepada penduduk. “Hunter” berbakat melindungi manusia dengan memasuki dungeon dan memerangi segerombolan raksasa yang ganas. Pemain akan mengikuti kisah Sung Jin-Woo, seorang hunter E-Rank yang lemah terselamat daripada “Double Dungeon” yang tersembunyi dalam gate D-Rank. Sejak itu, Jin-Woo mendapat kebolehan luar biasa dan mendapati dia boleh naikkan level dengan mengalahkan raksasa dan selesaikan quest.

ⓒ Netmarble Corp. & Netmarble Neo Inc. All Rights Reserved.
Game ini mereplikasikan webtoon original melalui penceritaan yang mendalam, mekanik aksi RPG, combat yang dinamik dan gameplay yang pantas. Watak-watak siri seperti protagonis, Sung Jin-Woo, Cha Hae-In, Yoo Jin-Ho dan lain-lain.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post