Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Solo Leveling Akan Hadir Dengan Bab Khas, Penghormatan Kepada Dubu! [UPDATE]

Maira by Maira
January 10, 2023 - Updated on January 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Solo Leveling Akan Hadir Dengan Bab Khas, Penghormatan Kepada Dubu! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Manhwa Solo Leveling telah pun tamat pada Disember 2021 yang lalu, malah bab khas juga telah diumumkan pada April 2022. Tetapi tiada sebarang kemas kini mengenainya selepas pelukis manhwa tersebut, Dubu meninggal dunia pada Julai 2022. Nampaknya REDICE studio akan menyambung tugas tersebut dan akan melepaskan bab khas tersebut sebagai penghormatan kepada Dubu.

Melalui Twitter, studio tersebut sedang merancang untuk mengeluarkan bab khas Solo Leveling dengan artis-artis yang pernah bekerja bersama Dubu. Buat masa ini, maklumat tentang bab khas itu masih belum dikeluarkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman daripada studio tersebut.

<나 혼자만 레벨업> 외전 공지 pic.twitter.com/5tLmulwCW5

— REDICE+ (레드아이스) (@REDICE_STUDIO) January 9, 2023

[UPDATE #1]

Diumumkan melalui Twitter Kakaopage, penerbit manhwa Solo Leveling, siri tersebut akan mendapat bab khas pada 21 Januari ini. Ada kemungkinan besar versi Inggeris juga akan diterbitkan tidak lama kemudian.

1월 21일,
더 짜릿한 레벨업이 온다!#나혼자만레벨업 외전 공개🔥

외전 미리보기가 궁금하다면?
👉🏻 https://t.co/GfO6nh57zB #나혼렙 #나혼렙외전 #카카오페이지 #SoloLeveling pic.twitter.com/2mCIHdwwMn

— 카카오페이지 kakaopage (@kakaopage) January 13, 2023

[UPDATE #2]

Melalui Twitter, Tappytoon akan mengeluarkan side story Solo Leveling pada 24 Januari ini. Anda yang ingin membacanya, boleh lawati laman web Tappytoon atau muat turun aplikasinya!

<Solo Leveling> will be back with epilogues on Tappytoon on January 24

🔗 https://t.co/OsrpwxGdxe pic.twitter.com/fkIromIiAC

— hoy (@gingertorte) January 17, 2023

[Petikan asal artikel]

Bercerita tentang mendiang Dubu, ataupun dikenali sebagai Jang Sung-Rak bukan sahaja seorang pelukis manhwa, tetapi dia juga sebenarnya CEO kepada REDICE studio. Dia telah mengadaptasi novel Solo Leveling sejak Mac 2018 sehinggalah Disember 2021. Manhwa tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kini ia salah satu siri manhwa yang popular dalam kalangan pembaca komik. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mendapat adaptasi anime oleh A-1 Pictures pada tahun ini.

Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Sumber: MAL

Anda yang masih belum baca atau teringin untuk baca Solo Leveling, boleh pergi ke platform rasmi seperti Tapas dan Tappytoon. Untuk segala liputan lain mengenainya, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DUBUSide StorySolo Leveling
Previous Post

Game RPG Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Quest of Memories diumumkan!

Next Post

Anime “brutal+matang” Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!
Berita

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!

July 4, 2025
Next Post
Anime “brutal+matang” Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!

Anime "brutal+matang" Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd