Solo Leveling sememangnya satu siri manhwa yang popular di seluruh dunia. Bukan sahaja ia akan mendapat game dan anime, Solo Leveling juga akan hadir dalam bentuk live action pula selepas ini!

Melalui artikel temu ramah Linternaute, dilaporkan bahawa adaptasi live action Solo Leveling sedang dihasilkan! Perkara tersebut telah pun didedahkan sendiri oleh Heaeun Kwak, Pengarah Kreatif D&C Webtoon. Apabila ditanya tentang projek-projek lain yang belum diumumkan oleh D&C Webtoon, Heaeun Kwak telah menyatakan beberapa projek lain seperti adaptasi webtoon untuk Solo Leveling: Ragnarok.

“Pada awal 2024, anda boleh membawa versi Webtoon Solo Leveling: Ragnarok, spin-off yang berlaku dalam dunia yang dicipta oleh Chu Gong, pelukis Daul dan adaptasi grafik pula dihasilkan oleh Redice Studio. Dan saya akan bagi anda satu scoop, drama Korea mengenai Solo Leveling juga sedang dihasilkan. Jadi siap sedia,” kata Heaeun Kwak.
Sememangnya satu berita yang besar buat peminat Solo Leveling! Agaknya siapalah yang akan membawa watak Sung JinWoo nanti? Nampaknya kenalah tunggu pengumumannya nanti!
Tentang Solo Leveling
Untuk anda yang tidak tahu, siri ini merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini telah pun tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Bab ekstra juga sudah tersedia untuk dibaca.

Dengan tayangan anime Solo Leveling pada tahun depan, ia sememangnya satu tahun yang baik untuk peminat-peminat siri. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk menontonnya selepas melihat trailer yang didedahkan pada bulan lalu.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Solo Leveling daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post