Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skin anime baru Mobile Legends akan disuarakan oleh pelakon suara Hyuga Hinata & Kaguya Sama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, Genre, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Skin anime baru Mobile Legends akan disuarakan oleh pelakon suara Hyuga  Hinata & Kaguya Sama
Share on FacebookShare on Twitter

Game MOBA popular, Mobile Legends Bang Bang telah mengumumkan skin bertema anime pertama untuk watak Fanny dan Layla tetapi apa yang menarik kali ini adalah kedua-duanya akan disuarakan oleh pelakon suara (seiyuu) terkenal termasuk suara Hyuga Hinata dan Kaguya Sama.

Tergolong dalam tema “The Aspirants”, skin “Blade of Kibou” milik Fanny akan disuarakan oleh Nana Mizuki yang terkenal kerana watak Hinata Hyuga dalam siri anime Naruto manakala skin “Miss Hikari” milik Layla akan disuarakan oleh Yoshino Nanjo yang terkenal kerana watak Hayasaka dari Kaguya Sama Love is War.

Skin anime Mobile Legends ini akan tersedia dalam game bermula dari 22 Januari 2022. Berikut adalah info penuh menurut posting rasmi:

Skin bertema anime MLBB yang pertama “The Aspirants” kini telah didedahkan! Skin serba baharu Fanny dan Layla kini menampilkan pengalih suara terkenal Nana Mizuki dan Yoshino Nanjõ!

Selepas Skin dilancarkan, pemain boleh menggunakan ciri-ciri eksklusif “Tukar Alih Suara” kepada Skin “The Aspirants” dan mendengar alih suara Skin dalam bahasa yang lain. Ciri ini boleh diakses terus pada skrin Paparan Skin. Nikmatilah gaya percakapan yang dibawakan oleh pengalih suara yang berlainan!

Di dalam kisah yang baharu, pengembaraan baharu, apakah yang menanti Layla dan Fanny? Apakah kisah yang akan berlaku di antara mereka? Nantikan ia dan kami akan mendedahkan mereka satu persatu!

Sementara itu, mari lihat persembahan menarik oleh dua pengalih suara!Skin “The Aspirants” akan tersedia di dalam permainan mulai 22 Januari.

Pada masa yang sama, pihak Mobile Legends juga memberi isyarat kepada peminat dengan memberitahu bahawa kita ada peluang untuk bercakap dengan kedua-dua seiyuu anime tersebut.

May be an anime-style image of text that says 'MOBILE EGENDS ASPIRANTS ANG BANG FANNY LAYLA BERCAKAP SECARA BERSIMUKA! APAKAH SOALAN YANG ANDA ADA UNTUK MEREKA?'

Bercakap secara bersemuka dengan Fanny/Layla!✨Apakah soalan yang anda mahu tanya Layla atau Fanny kalau anda boleh bercakap secara bersemuka dengan mereka?

May be an illustration of text that says '区区区 MOBILE LEGENDS ASPIRANTS BANG WIRA MISTERI FANNY YANG LURUS LAYLAYANG COMEL SEKİRANYA MLB ADALAH ANİME, SIAPAKAH WATAK UTAMA KEGEMARAN ANDA?'

Hero ketiga juga diumumkan, tetapi identitinya masih kekal misteri buat masa ini. Apa pendapat anda? Siapa hero ketiga untuk dapat skin anime? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen!

Sumber – Facebook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMobile LegendsseiyuuSkin
Previous Post

Lebih 60 game diharamkan dari live streaming oleh Bilibili China termasuk RE8, GTA & The Last of Us!

Next Post

Bundle khas Attack on Titan akan tersedia pada Call of Duty: Vanguard dan Warzone Pacific!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Bundle khas Attack on Titan akan tersedia pada Call of Duty: Vanguard dan Warzone Pacific!

Bundle khas Attack on Titan akan tersedia pada Call of Duty: Vanguard dan Warzone Pacific!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd